awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Varian Delta belum dikesan di Sibu - SDDMC

Bernama
Bernama
15/07/2021
05:18 MYT
COVID-19: Varian Delta belum dikesan di Sibu - SDDMC
Walaupun varian Delta COVID-19 sudah dikesan di Sarawak namun sehingga hari ini belum ada kes varian itu berlaku di Sibu. -Gambar hiasan
SIBU: Walaupun varian Delta COVID-19 sudah dikesan di Sarawak namun sehingga hari ini belum ada kes varian itu berlaku di Sibu, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (SDDMC), hari ini.
SDDMC dalam kenyataan berkata desas-desus yang tular bahawa varian tersebut sudah dikesan di Sibu berkemungkinan berpunca daripada kes seorang warga Indonesia yang telah dikesan positif COVID-19 pada 7 Julai lepas dan sedang dirawat di Hospital Sibu.
"Saringan tersebut tidak dapat mengenal pasti jenis varian yang menjangkiti beliau dan sampel telah dihantar ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 12 Julai lepas untuk ujian seterusnya.
Menurut UNIMAS, proses ujian pengesanan atau mengenal pasti jenis varian amat rumit dan akan mengambil masa satu hingga dua minggu," katanya.
SDDMC berkata kontak kes tersebut telah disaring dan mereka semua didapati negatif COVID-19 namun, masih ditahan di pusat kuarantin di sini.
Jawatankuasa itu menyeru semua pihak agar tidak menyebar matlumat tidak sahih mengenai perkara tersebut namun menasihatkan agar orang ramai sentiasa berwaspada dan meningkatkan kepatuhan kepada SOP sedia ada, memandangkan varian Delta sudah dikesan di Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Varian Delta
#SDDMC
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu
#warga Indonesia
#dikesan positif
#Unimas
#pusat kuarantin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan