KUALA LUMPUR:CyberSecurity Malaysia (CSM) mengakui berdepan cabaran untuk mengawal kegiatan jenayah siber berikutan ciri-ciri internet yang pantas dan boleh berlaku tanpa sempadan.
Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata, ini termasuk, faktor kecanggihan teknologi, internet dan kepakaran penjenayah sehingga mampu melindungi identiti peribadi.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan kawalan terhadap jenayah itu dapati diatasi.
"Apabila menyentuh untuk menjejak (penjenayah) sebenarnya ini cabaran yang kami hadapi kerana alam maya yang dicipta tanpa nama. Selain itu, ciri-ciri internet yang tidak mempunyai nama, laju dan berlaku dengan pantas serta bersifat tanpa sempadan menyukarkan kita mengambil tindakan tertentu.
"Mereka memahami aspek teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan ciri-ciri itu yang membolehkan mereka mengambil kesempatan untuk melindungi diri daripada diburu pihak berkuasa.
"Kebanyakan penjenayah juga memahami penggunaan internet dan oleh sebab itu, mereka tidak guna alamat IP sebenar di mana mereka guna IP penyamaran. Ini lebih mencabar bukan sahaja untuk CSM, tetapi semua pihak berkuasa di dunia," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Jumaat lalu, kumpulan penggodam muncul semula dengan mesej kedua, amaran yang ditujukan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia mengenai kebocoran data yang semakin berleluasa.
BACA: Anonymous Malaysia dakwa pegawai kerajaan dalang kebocoran data peribadi
Mesej ini muncul tiga hari selepas kumpulan penggodam terbabit memuat naik mesej pertama berkaitan perkara yang sama.
BACA: Tahap keselamatan siber berisiko, penggodam 'Anonymous' beri amaran
Dalam pada itu, Amirudin menasihatkan agar semua pentadbir sistem teknologi maklumat untuk memastikan sistem aplikasi yang digunakan sentiasa dikemaskini selain mengambil langkah pengukuhan yang sewajarnya.
Jelas beliau, semua organisasi juga disarankan untuk memasang perisian keselamatan seperti 'antivirus' bagi memastikan sistem teknologi sentiasa berada dalam kadaan selamat.
"Kepada masyarakat pula, kami sarankan untuk sentiasa amalkan penggunaan internet yang baik dengan memastikan kata laluan bagi maklumat peribadi dibuat dengan selamat dan kukuh agar tidak mudah digodam pihak tidak bertanggungjawab.
"Selain komputer riba, telefon bimbit juga perlu dipasang perisian 'antivirus' untuk melindungi data atau maklumat peribadi agar tidak mudah diceroboh serta elakkan menggunakan wifi awam untuk membuat transaksi perbankan dalam talian," katanya.
Fauzi Suhaimi
Tue Feb 02 2021

Faktor kecanggihan teknologi, internet dan kepakaran penjenayah mampu melindungi identiti peribadi penggodam.

Ibu bapa, guru perlu main peranan basmi masalah sosial - Permaisuri Agong
Seri Paduka bertitah isu disiplin dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dalam kalangan kanak-kanak dan remaja juga harus diberi perhatian.

PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan hadapi banjir - Acryl Sani
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah.

Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan
Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

AWANI Ringkas: Pemimpin dapat kuasa, jangan susahkan rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MetMalaysia | Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Palestin | Penduduk Al-Ahmar dihalau, rumah dirobohkan
Rakyat Palestin di halau keluar daripada kediaman mereka di Khan al-Ahmar. Penduduk hanya mampu melihat, pihak rejim Israel memusnahkan rumah, mengeluarkan arahan berpindah dan mengembangkan kawasan penempatan haram Israel.

Serangan Dron | Letupan di kilang pertahanan Iran
Kilang pertahanan Iran meletup akibat serang dron pada awal pagi Ahad. Kementerian Pertahanan Iran melaporkan berlaku kerosakan pada bumbung fasiliti berkenaan dan tiga dron telah ditembak jatuh.

Politik | Jangan susahkan rakyat ketika ada kuasa - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya jangan menyusahkan rakyat ketika mereka ada kuasa. Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa untuk membantu rakyat yang terdiri pelbagai kaum.

Dua rakyat Malaysia maut selepas bot dinaiki terbalik di Krabi
Gabenor wilayah Krabi Passakorn Bunyalak berkata bot yang dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak besar menyebabkan ia terbalik.

Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.

Pelancong Malaysia paling ramai dari rantau ASEAN ke Taiwan
Malaysia berada di kedudukan keenam dalam pasaran kemasukan pelancong ke Taiwan dan yang tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Tol percuma dua hari kurangkan kesesakan, jimat perbelanjaan - Penggguna
Pengecualian bayaran tol pada 20 dan 21 Jan ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina dapat menjimatkan kos perjalanan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tol.

#SuaraMalaysia: Majoriti akui kos makanan ketika ini meresahkan
Apabila kenaikan harga makanan melebihi paras kebiasaan sudah tentu ia merisaukan banyak pihak bukan sahaja di peringkat pembeli malah peniaga juga turut terkena tempias sama.

Lebih 170,000 murid sekolah di Malaysia tidak mahir membaca
Menurut laporan Dokumen Keciciran Pendidikan Malaysia 2023, seramai 175,304 (13%) kanak-kanak di hujung usia persekolahan sekolah rendah di Malaysia tidak mahir membaca.

Seorang rakyat Malaysia antara korban kebakaran hotel kasino Kemboja
Seorang rakyat Malaysia antara yang maut dalam kebakaran di hotel kasino di Poipet, Kemboja.

Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.

Rakyat Malaysia diingat agar tidak lupa tragedi Batang Kali, mangsa banjir ketika rai Krismas
Nancy turut menyeru rakyat Malaysia untuk sentiasa berbuat ihsan pada waktu yang mencabar ini terutamanya kepada mereka yang paling memerlukan.

Banjir: Rakyat Malaysia kongsi detik cemas tinggalkan Hat Yai
Seorang rakyat Malaysia berkongsikan detik cemas dilaluinya yang terpaksa meninggalkan Hat Yai, Thailand dengan segera pada Ahad selepas banjir mula melanda bandar raya itu.