SEREMBAN: Komuniti maritim terutama nelayan dan pengunjung pantai peranginan dinasihatkan berwaspada dan menangguhkan dahulu aktiviti melibatkan perairan susulan cuaca buruk di Negeri Sembilan dan kebanyakan negeri ketika ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata ini kerana perairan negeri ini diramalkan berlaku air pasang besar dengan tiupan angin Monsun Timur Laut yang lebih kuat sehingga Rabu (5 Jan).
Beliau berkata keadaan laut ketika ini juga adalah berbahaya kepada bot-bot kecil berikutan hujan lebat dan laut bergelora dengan ombak boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter.
"Kebanyakan nelayan yang berdaftar di negeri ini adalah nelayan Kelas A yang menggunakan bot kecil untuk menangkap ikan. Dengan cuaca yang buruk pada masa sekarang, ada kemungkinan bot mudah terbalik apabila dibadai ribut dan ombak yang kuat.
"Bagaimanapun, sekiranya masih perlu ke laut, mereka harus sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan dengan memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca terlebih dahulu serta memastikan bot dalam keadaan selamat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Jelasnya, mereka juga perlu membawa Peranti Pengesan Peribadi yang membantu mempercepatkan bantuan di laut jika berlaku sebarang kecemasan selain menghubungi talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 atau 999 yang beroperasi 24 jam.
Haris Fadzillah berkata Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan sentiasa memantau keselamatan komuniti maritim di laut dengan melakukan rondaan di sekitar perairan, pantai rekreasi serta di jeti awam sekitar Negeri Sembilan.
Sejak 25 Dis lepas, bot peronda digerakkan setiap hari bagi memantau keadaan perairan Melaka dan Negeri Sembilan serta melaksanakan program 'Preventif SAR' dalam memastikan keselamatan orang awam ketika menjalankan aktiviti di laut, katanya.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya, buruk dan waspada yang dijangka berlaku di kebanyakan negeri sehingga Selasa (4 Jan) membabitkan Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sementara itu, pegawai perikanan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Doreen Wee Siew Leen berkata nelayan masih ke laut untuk menangkap ikan namun hanya melibatkan zon pesisiran pantai dan menasihatkan sejumlah hampir 500 nelayan di negeri itu agar sentiasa berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti di laut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
Keadaan laut ketika ini berbahaya kepada bot-bot kecil berikutan hujan lebat dan laut bergelora dengan ombak boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter. - Gambar hiasan
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Banjir: 2,095 petani sektor tanaman agromakanan terjejas
Sejumlah 2,095 petani sektor tanaman agromakanan di seluruh negara terjejas akibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) setakat ini, melibatkan kawasan yang dianggarkan seluas 4,701 hektar.
Menjinak ombak ganas Pantai Kemasin
Pantai Kemasin yang menghadap Laut China Selatan antara lokasi terbaik di Kelantan untuk mencabar keberanian bermain papan luncur air.
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Johor menurun, Kelantan kekal
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri berkurangan kepada 71 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini, berbanding 80 orang di empat PPS pagi tadi.
Anwar tinjau banjir di Kelantan esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke Kelantan esok bagi meninjau sendiri situasi banjir yang melanda negeri itu ketika ini.
Lima sungai di Pahang termasuk di Cameron Highlands rekod paras waspada
Paras air lima sungai di empat daerah di Pahang dilapor melepasi paras waspada setakat jam 9 pagi, Ahad.
Tiga sungai utama melimpah, Kelantan dijangka dilanda banjir lagi
Penduduk yang tinggal di sepanjang tiga sungai utama di negeri ini dijangka dilanda banjir bermula jam 2 pagi pada Isnin ini.
APMM bantu pindah enam pelancong terkandas di Pulau Rawa
Bot ronda PERKASA 31 yang sedang dalam rutin Op JAKSA, diarahkan ke lokasi berkenaan selepas menerima aduan daripada pengusaha resort pulau itu.
Kerajaan peruntuk RM35.8 juta kepada JKM hadapi Monsun Timur Laut 2023/2024
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35.8 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi bencana pada tahun 2023 dan 2024.
JKNK tugaskan 1,086 anggota hadapi banjir gelombang kedua
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menugaskan 1,086 anggota sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang kini memasuki gelombang kedua.
Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih
Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor.