SANDAKAN: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka bertembung ketika cuba melarikan diri dari sekatan Operasi Samseng Jalanan di Batu 16, Jalan Kuari 3, Gum Gum di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, dalam kejadian 5.30 petang itu, dua yang maut berumur 22 tahun dan seorang yang cedera parah berumur 24 tahun itu sebelum kejadian dipercayai berlumba haram.
"Semasa operasi sedang dijalankan, terdapat sekumpulan motosikal cuba melarikan diri dan akibat itu, tiga motosikal bertembung sesama sendiri sehingga berlakunya kemalangan maut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dalam pada itu, Abdul Fuad berkata, operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bermula jam 3 petang hingga 2 pagi tadi turut menyita 60 motosikal serta 16 kereta atas pelbagai kesalahan.
"Hasil operasi itu, sebanyak 105 kenderaan iaitu 30 kereta dan 75 motosikal telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, 31 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya ubah suai ekzos, tiada lesen memandu termasuk tiada perlindungan insuran," katanya.
Menurutnya lagi, pemeriksaan turut dijalankan ke atas 115 lelaki serta 12 wanita dan hasil pemeriksaan berkenaan, lima individu disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana didapati positif dadah jenis ketamin dan ganja.
Abdul Fuad berkata Operasi Samseng Jalanan itu akan diteruskan bagi memastikan aktiviti lumba haram dan menguji kelajuan di atas jalan raya dapat ditangani demi kesejahteraan orang awam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung ketika cuba melarikan diri dari sekatan Operasi Samseng Jalanan. - Gambar hiasan
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Cuba elak sekatan polis, dua maut akibat motosikal bertembung
Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung ketika cuba melarikan diri dari sekatan Operasi Samseng Jalanan.
Polis beri penjelasan video viral pelajar terbabas ketika diminta berhenti
Polis hari ini memberikan penjelasan pihaknya tidak menahan, sebaliknya hanya mengeluarkan saman ke atas seorang pelajar yang terbabit.
Nyaris langgar pejalan kaki, mat rempit dicekup
Tidak cukup berlagak bagaikan samseng jalanan, seorang mat rempit turut mengancam nyawa pejalan kaki apabila dia nyaris melanggarnya ketika cuba meloloskan diri dari sekatan polis.