Skip to main content

Malaysia

Cuba potong barisan, 2 pemandu bergaduh di tengah jalan

Sumber: Sinar Harian
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan dua pemandu dipercayai bergaduh di tengah jalan. - Gambar/ Sinar Harian
Advertisement

PETALING JAYA: Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan dua pemandu bertengkar di tengah jalan, dipercayai susulan perselisihan faham yang berpunca daripada tindakan memotong barisan di Taman Medan, di sini, pada Khamis.

Rakaman yang dimuat naik di media sosial itu memaparkan insiden dipercayai bermula apabila sebuah kereta cuba memotong barisan untuk memasuki lorong keluar, namun dihalang sebuah lagi kenderaan yang enggan memberi laluan.

Keadaan itu dipercayai mencetuskan pertengkaran sehingga kedua-dua pemandu bertindak keluar dari kenderaan sebelum bergaduh di tengah jalan.

Video berdurasi beberapa saat itu turut menunjukkan beberapa pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan masing-masing bagi menyaksikan kejadian berkenaan menyebabkan aliran trafik di lokasi terjejas.

Perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya mengecam tindakan kedua-dua individu terbabit.

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak polis berhubung insiden itu. - Sinar Harian

 

 

Must Watch Video

Advertisement