KUALA LUMPUR:Menteri Kanan Pertahanan mendedahkan kebanyakan kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah membabitkan cubaan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.

Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

1. PKPD di Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai tamat pada hari ini.

2. PKPD di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau; Penjara Sandakan; Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan; Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon, Kota Belud ditamatkan pada 3 Disember.

3. PKPD di Zon B dan Zon C di Taman Meru 2C, Ipoh, Perak dilanjutkan selamatujuh hari lagi bermula 4 hingga 10 Disember.

4. 290 individu ditahan kerana ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

5. 285 individu dikompaun, 4 direman dan seorang lagi dijamin.