awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuba sogok anggota polis, SPRM tahan dua warga asing

Bernama
Bernama
13/01/2025
14:05 MYT
Cuba sogok anggota polis, SPRM tahan dua warga asing
SPRM menahan dua warga asing disyaki cuba memberi sogokan RM1,000 kepada anggota polis bagi mengelak ditahan atas kesalahan memandu motosikal tanpa lesen dan nombor plat tidak lengkap, semalam. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua warga asing disyaki cuba memberi sogokan RM1,000 kepada anggota polis bagi mengelak ditahan atas kesalahan memandu motosikal tanpa lesen dan nombor plat tidak lengkap, semalam.
Sumber SPRM berkata kedua-dua suspek lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 20-an dan 40-an itu ditahan pada 9 malam selepas diserahkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada SPRM Kuala Lumpur.
"Sebelum itu, seorang daripada suspek ditahan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) kira-kira 11.40 pagi semalam, setelah didapati memandu motosikal tanpa lesen dan nombor plat tidak lengkap.
"Lelaki itu kemudian cuba menyogok anggota polis berkenaan RM500 untuk mengelak ditahan sebelum dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Selepas itu, menurut sumber suspek kedua datang ke IPD berkenaan dan cuba memberi rasuah RM500 kepada anggota polis yang sama dalam usaha melepaskan rakannya menyebabkan dia turut ditahan pada 3.30 petang semalam.
Berikutan itu, perintah reman tujuh hari hingga 19 Jan ini terhadap suspek pertama telah dikeluarkan Majistret Noorelynna Hanim Abdul Halim selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi, manakala suspek kedua dijangka akan dilepaskan hari ini dengan jaminan SPRM.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#warga asing
#cuba sogok anggota polis
#warga Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan