awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan culik: Polis minta Lufya bawa anak ke balai untuk rakam keterangan

Bernama
Bernama
27/07/2022
09:12 MYT
Cubaan culik: Polis minta Lufya bawa anak ke balai untuk rakam keterangan
Media sebelum ini melaporkan Lufya mendakwa cedera di bahagian kepala dan badan akibat dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya itu.
PETALING JAYA: Polis meminta penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, membawa anak perempuannya ke balai polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan cubaan menculik yang didakwa berlaku di sebuah taman permainan di Kota Damansara, di sini, 26 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, selain usaha untuk mendapatkan keterangan daripada anak pelakon itu berusia lima tahun, pihaknya juga akan mendapatkan lakaran wajah (fotofit) suspek bagi membuat hebahan awam.
"Polis sudah menghubungi Lufya dan sekarang masih menunggu kerjasama daripadanya," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian, Am dan Berharga di Balai Polis Ara Damansara, di sini, hari ini.
BACA: Pelakon Lufya cedera di muka, bergelut dengan lelaki cuba culik anak
Mohd Fakhrudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Media melaporkan Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 37, mendakwa cedera di bahagian kepala dan badan akibat dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lufya Omar
#cubaan culik
#polis petaling jaya
#rakaman keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan