KUALA LUMPUR : Pelakon Lufya berdepan situasi cemas apabila terpaksa bergelut dengan seorang lelaki selepas terdapat cubaan untuk menculik anak perempuannya, Laana Haura ketika berada di taman permainan, Ahad lalu.
Selebriti itu atau nama sebenarnya, Lufya Sheikh Omar bagaimanapun bersyukur anaknya berjaya diselamatkan meskipun dia cedera dia bahagian muka akibat pergelutan itu.
Lufya mengalami kecederaan di muka akibat dipukul suspek dengan menggunakan batang kayu dan perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram miliknya.
"Dua hari lalu saya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara lebih kurang jam 4 ke 5 petang.
"Seorang lelaki yang bersifat dayus memukul saya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya.
"Alhamdulillah anak selamat dan saya pun selamat. Im a fighter! Terpanggil nak kongsi sesuatu yang penting untuk kita semua," katanya menerusi hantaran tersebut.
Menerusi perkongsian itu, Lufya turut memuat naik foto wajahnya yang mempunyai kesan luka seperti cakaran.
Lufya yang juga bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ke-6 itu dalam masa sama menyarankan golongan wanita agar bersiap sedia dengan ilmu pertahanan diri.
"Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah juga saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya. Syukur Alhamdulillah.. sebagai iktibar kita perlu selalu berjaga-jaga.
"Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya," katanya lagi.
Hilmi Malik
Tue Jun 28 2022
Lufya bersyukur anaknya berjaya diselamatkan meskipun mengalami kecederaan di bahagian muka akibat pergelutan.v - Foto IG Lufya
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Jelajah Jiwa SME: Bizmilla Catering diumum penyertaan terbaik segmen 'Saya Jual'
Usahawan perniagaan majlis perkahwinan, Bizmilla Catering, Mila Jirin menyifatkan pemilihan jenamanya sebagai penyertaan terbaik dalam segmen Saya Jual sebagai pemangkin.
Lama menyepi, akhirnya Mila Jirin bertemu Nonny Nadirah setelah tiga tahun
Setelah tiga tahun, penyanyi dan usahawan Mila Jirin lahirkan rasa syukur dapat bertemu semula dengan rakan baiknya, aktres Nonny Nadirah.
'Orang Tawau', Shahir AF hanya dedah cinta hati pada akad nikah Jumaat ini
Penyanyi Shahir AF mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya pada 2 September 2022, Jumaat ini, di Subang Jaya, Selangor.
Pelakon Lufya cedera di muka, bergelut dengan lelaki cuba culik anak
Pelakon Lufya berdepan situasi cemas apabila terpaksa bergelut dengan seorang lelaki selepas terdapat cubaan untuk menculik anak perempuannya, Laana Haura ketika berada di taman permainan, Ahad lalu.
Rakaman hanya 1 jam? Idayu tampil dengan single 'Jangan Menangis Cinta'
Jangan Menangis Cinta mempunyai keunikan dan berbeza berbanding kebanyakan lagu-lagu pop Melayu yang sudah berada di pasaran negara ini.
Raut wajah lembut dan 'low profile', Datin Seri Muhaini isteri tercinta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Sepanjang lebih 30 tahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Seri Muhaini di depan khalayak.
"Semoga Allah permudahkan kerja Papa tadbir negara" - Doa Dafi buat ayahnya
Bagi Dafi, rezeki yang tertulis buat bapanya dipilih sebagai Perdana Menteri merupakan anugerah tertinggi daripada Yang Maha Esa.
Nabil hargai jasa Astro beri peluang kepada orang kampung sepertinya ubah kehidupan
Nabil Ahmad menghargai platfrom yang disediakan oleh Astro yang telah banyak mengetengahkan bakat kecilnya sehingga hari ini.
"I have lost him forever" - Bapa Amylea Azizan meninggal dunia
Allahyarham Azizan Zainal Abidin, 62, telah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 2.30 petang.
Lama menyepi, Azhar Osman kembali dengan 'Ternyata'
Azhar pernah menganggotai duo Azhael bersama Hael Husaini, sebelum membawa haluan masing-masing pada 2017.