ALOR SETAR: Cubaan seorang lelaki warga Thailand menyeludup masuk sejumlah 14,000 biji pil dipercayai dadah jenis methamphetamine dan yaba ke negara ini gagal apabila ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah pada Rabu.
Pengarahnya, Nor Izah Abd Latiff berkata, sepasukan pegawai Kastam Cawangan Penguatkuasaan Narkotik Langkawi menahan lelaki berusia berusia 42 tahun itu, yang berada dalam keadaan mencurigakan, pada jam 2.30 petang di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi.
Menurutnya, pemeriksaan awal di lokasi kejadian menemui satu bungkusan berwarna biru yang dibalut rapi mengandungi 11,600 biji pil methamphetamine seberat 1,102 gram.
“Hasil pemeriksaan rapi terhadap beg pinggang berwarna hitam lelaki terbabit, didapati mengandungi 2,400 biji pil yaba seberat 228 gram.
"Jumlah keseluruhan tangkapan adalah sebanyak 14,000 biji pil methamphetamine dan yaba, seberat 1,330 gram, dengan nilai dianggarkan RM210,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nor Izah berkata, berdasarkan jumlah berat dadah yang diperolehi, rampasan ini telah berjaya membanteras dadah tersebut daripada diedarkan kepada 14,000 orang penagih dadah.
“Terdapat cubaan mengaburi pihak berkuasa dengan melalui kawasan pemeriksaan Kastam tanpa bagasi, hanya membawa bungkusan barangan untuk kegunaan sendiri secara hand carry, dengan andaian ia tidak akan diperiksa oleh pihak Kastam dan akan mendapat pelepasan terus di pintu masuk negara,” tambahnya.
Menurutnya, ujian saringan air kencing telah dilakukan dan suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Suspek direman selama tujuh hari bermula 7 Mac sehingga 13 Mac untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Mar 12 2024
Sebahagian pil methamphetamine dan yaba yang dirampas JKDM Kedah susulan penahanan seorang lelaki warga Thailand di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, Rabu lalu. - Foto JKDM Kedah
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.