awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan ragut gagal, suspek ditahan orang awam

Bernama
Bernama
04/08/2025
15:21 MYT
Cubaan ragut gagal, suspek ditahan orang awam
Tindakan pantas mangsa menarik semula rantai menyebabkan suspek warga tempatan berusia 30 tahun terjatuh dari motosikal. - Media sosial
SHAH ALAM: Cubaan seorang lelaki untuk meragut rantai leher gagal apabila berjaya ditangkap oleh orang awam dalam kejadian di Jalan Setia Prima, Setia Alam dekat sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira 7.07 petang itu, suspek yang menunggang motosikal mendekati mangsa lelaki warga tempatan berusia 37 tahun yang sedang menuju ke keretanya.
Beliau berkata tindakan pantas mangsa menarik semula rantai menyebabkan suspek warga tempatan berusia 30 tahun terjatuh dari motosikal.
"Suspek cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap oleh orang awam. Siasatan mendapati suspek ialah pemilik motosikal itu, namun menggunakan nombor pendaftaran palsu. Suspek kini direman empat hari hingga 7 Ogos," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan Mohamad Hanafi Abdul Ghani melalui talian 010-3728932.
Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, tular video di laman sosial yang memaparkan mangsa bergelut dengan suspek untuk menghalang daripada diragut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cubaan ragut
#mangsa ragut
#jatuh motosikal
#video tular
#ragut shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan