GUA MUSANG: Polis Kelantan berjaya menahan dua lelaki yang sedang membawa muatan ketum dan ubat batuk selepas mengejar sejauh 55 kilometer sebelum kenderaan dinaiki suspek terbabas dalam semak di hadapan Balai Polis Paloh di Paloh 2, Gua Musang, Kelantan pada Ahad.
Selepas terbabas, dua suspek bertindak cuba melarikan diri sejauh 100 meter, namun akhirnya berjaya ditahan anggota polis.
Hasil penahanan suspek berusia 30 dan 32 tahun, polis merampas 140 kilogram daun ketum dan 100 botol ubat batuk.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum itu sepasukan anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang membuat penugasan ‘snap check’ di Felcra Panggong Lalat pada pukul 11 pagi.
Katanya, anggota polis kemudiannya bertindak menahan kereta Proton Inspira dipandu suspek dan ketika mahu membuat pemeriksaan, suspek bertindak memecut kereta menghala ke bandar Gua Musang.
"Pengadu telah berjaya menahan kenderaan tersebut di Paloh dan semasa tangkapan dibuat kenderaan yang dikejar telah melanggar dua buah kenderaan dan terbabas ke tepi jalan.
"Ekoran daripada itu, pasukan polis dengan bantuan Balai Polis Paloh 2 telah menahan kedua-dua suspek tersebut. Hasil pemeriksaan dalam kenderaan tersebut telah didapati 140 kilogram daun ketum dan 100 botol ubat batuk telah disembunyikan dalam kenderaan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di IPD Gua Musang di sini hari ini.
Jelas beliau lagi, bekalan daun ketum itu dipercayai diperolehi dari Kedah dan untuk diseludupkan ke Selatan Thailand.
Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati seorang suspek iaitu pemandu berusia 30 tahun positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai dua rekod dadah.
Kes disiasat siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
Muhafandi Muhamad
Mon Apr 04 2022

Bekalan daun ketum itu dipercayai diperolehi dari Kedah untuk diseludupkan ke Selatan Thailand. - Foto Astro AWANI

Pesawat terlepas landasan, juruterbang dilapor tertidur ketika penerbangan
Insiden berlaku pada 15 Ogos lalu ketika pesawat Boeing 737-800 milik Ethiopian Airlines itu dalam perjalanan dari Khartoum ke Addis Ababa.

Ikan, ketam kena ujian calitan COVID-19 di Xiamen
Walaupun mungkin kelihatan luar biasa tetapi ia bukan kali pertama ikan hidup telah diuji untuk COVID-19.

Bateri saja tidak cukup, Jokowi mahu Tesla keluarkan kereta elektrik di Indonesia
Indonesia mahukan "ekosistem besar kereta elektrik" dan bukan hanya menggunakan sumber aslinya untuk membuat bateri.

'Saya tak harap jadi calon PRU15' - Altimet
Banyak kerja perlu difokuskan sebagai ketua cabang termasuk memikirkan strategi membantu jentera parti bersiap sedia menghadapi PRU15.

Mata malas atau ambliopia boleh pulih dengan pengesanan awal
Keadaan boleh dipulihkan dengan pengesanan awal serta rawatan sewajarnya untuk mengelakkan komplikasi masa depan yang teruk semasa dewasa.

Sapura Energy lupus tiga pelantar gerudi pada harga AS$8.2 juta
Sapura Energy berkata kesemua pihak telah memeterai memorandum perjanjian dengan pembeli pada 18 Ogos 2022.

Penjual ayam maut, motosikal dirempuh kereta
Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

COVID-19: 3,490 kes baharu, 6 kematian dicatat
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 42,767 dan 96.4 peratus atau 41,212 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

AWANI Global: Realiti satu tahun pentadbiran Taliban
Setahun pentadbiran Taliban, Emiriah Islam Afghanistan masih bergelut mendapatkan pengiktirafan dunia. Walaupun tahap keselamatan bertambah baik, cabaran dalam tadbir urus ekonomi dan sosial masih jauh ketinggalan. Ikuti diskusi dan analisis Abdul Hai Qanit mengenai pentadbiran Taliban setelah penubuhan Emiriah Islam Afghanistan setahun yang lalu.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Ogos 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Ogos 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983448/thumbnails/19550936381660955491384_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Ogos 2022]
[LANGSUNG] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Ogos 2022]