awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan warga Afghanistan masuk Malaysia guna visa palsu gagal - AKPS

Bernama
Bernama
29/07/2025
05:42 MYT
Cubaan warga Afghanistan masuk Malaysia guna visa palsu gagal - AKPS
Empat individu itu merupakan antara 132 warga asing yang diperiksa dalam operasi pemantauan dan saringan dokumen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1. - AKPS
PUTRAJAYA: Cubaan empat individu warga Afghanistan, dipercayai satu keluarga, untuk memasuki Malaysia menggunakan visa palsu berjaya digagalkan, menurut Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Ringkasan AI
  • Cubaan Guna Visa Palsu Digagalkan: Empat warga Afghanistan, dipercayai sekeluarga, cuba masuk ke Malaysia melalui KLIA dengan visa palsu.
  • Tinggal Tanpa Lapor Imigresen: Mereka dikesan berlegar-legar selama empat hari tanpa melalui pemeriksaan imigresen, menimbulkan kecurigaan.
  • Kemasukan Ditolak & Dihantar Pulang: Visa palsu diperoleh melalui ejen dengan bayaran RM25,386; mereka akan dihantar pulang pada 30 Julai.

Dalam kenyataan hari ini, AKPS memaklumkan empat individu itu merupakan antara 132 warga asing yang diperiksa dalam operasi pemantauan dan saringan dokumen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
Menurut AKPS, keempat-empat individu berkenaan, iaitu seorang lelaki dan tiga wanita dewasa dikesan berlegar-legar tanpa hala tuju di kawasan terminal yang menimbulkan kecurigaan anggota Unit Pemantau KLIA Terminal 1.
"Berdasarkan siasatan awal, empat individu terbabit tiba di Malaysia pada 9.20 malam, 24 Julai lepas menerusi penerbangan Emirates Airlines EK342, namun gagal melaporkan diri di kaunter imigresen dalam tempoh masa yang ditetapkan.
"Difahamkan, mereka telah berada di kawasan terminal selama empat hari tanpa melalui proses pemeriksaan imigresen seperti yang sepatutnya," menurut kenyataan itu.
AKPS memaklumkan hasil semakan lanjut dokumen perjalanan mereka mendapati semua visa yang digunakan adalah palsu.
"Dalam siasatan lanjut, kesemua mereka mengaku tidak pernah menjejakkan kaki ke Uzbekistan yang kononnya sebagai transit, visa palsu itu diperoleh melalui seorang ejen dengan bayaran sebanyak AS$6,000 (RM25,386.00)," menurut kenyataan itu.
Susulan itu, AKPS telah mengambil tindakan menolak kemasukan terhadap keempat-empat individu berkenaan dan akan dihantar balik ke negara asal pada 30 Julai ini melalui penerbangan Emirates Airlines.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Afghanistan
#visa palsu
#KLIA
#AKPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan