awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CUEPACS cadang JPA beri penekanan kepada pekeliling perkhidmatan awam

Bernama
Bernama
22/04/2022
12:36 MYT
CUEPACS cadang JPA beri penekanan kepada pekeliling perkhidmatan awam
Datuk Adnan Mat berkata ini selaras dengan usaha JPA yang menubuhkan pasukan petugas bagi menyemak semula pekeliling lama untuk diberi nafas baharu selain membatalkan terus mana-mana pekeliling yang sudah tidak relevan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi penekanan kepada pekeliling yang sudah berkuat kuasa tetapi masih tidak dilaksanakan atau gagal dilaksanakan sepenuhnya oleh sesetengah jabatan.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata ini selaras dengan usaha JPA yang menubuhkan pasukan petugas bagi menyemak semula pekeliling lama untuk diberi nafas baharu selain membatalkan terus mana-mana pekeliling yang sudah tidak relevan.
"JPA perlu memantau setiap pekeliling yang sudah diluluskan oleh kerajaan supaya hak dan kebajikan warga penjawat awam tidak diabaikan.
"Penekanan terhadap pemantauan pekeliling yang dikuat kuasakan adalah penting bagi memastikan setiap objektif yang telah digarapkan oleh kerajaan untuk penjawat awam berjaya dilaksanakan dengan berkesan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata antara pekeliling yang sudah dikuat kuasakan dan dilihat tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya ialah tempoh kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi pegawai kumpulan pelaksana.
"Tindakan sesetengah jabatan yang tidak melaksanakan pekeliling ini sudah tentu memberi kesan motivasi kerja kepada penjawat awam," katanya.
Beliau turut memberi contoh berkenaan kebenaran penebusan awal award wang tunai Gantian Cuti Rehat sebanyak 80 hari yang dilihat masih lagi tidak dilaksanakan sedangkan pekeliling itu telah dikuat kuasakan bermula Januari 2022.
"Kelewatan pekeliling ini dilaksanakan seolah-olah manfaat yang patut diterima penjawat awam tidak diberikan keutamaan," katanya.
Adnan berkata kerajaan sudah menggunakan banyak tenaga dan modal kerja bagi membuat sesuatu kajian kebolehlaksanaan sesuatu pekeliling dan menjadi kerugian jika tiada jawatankuasa dalaman untuk mengaudit pelaksanaannya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#perkhidmatan awam
#penjawat awam
#JPA
#Adnan Mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan