KUALA LUMPUR: Malaysia akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian mulai 1 Jan 2024, demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Malaysia sepatutnya mengenakan cukai LVG sebanyak 10 peratus ke atas barangan berharga di bawah RM500 yang dijual secara dalam talian berkuat kuasa 1 April, 2023, di bawah Belanjawan 2022, tetapi telah ditangguhkan oleh Jabatan Kastam pada Mac tahun ini.
Menerusi Soalan Lazim mengenai cukai jualan LVG yang diterbitkan di laman sesawang JKDM pada 6 Nov 2023, jabatan itu berkata pengenaan cukai jualan ke atas LVG akan bermula pada 1 Jan 2024, walaupun perundangan cukai jualan ke atas LVG telah berkuat kuasa mulai 1 Jan 2023.
JKDM mentakrifkan LVG sebagai semua barangan -- tidak termasuk rokok, produk tembakau, minuman keras yang memabukkan, rokok elektronik, dan penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok -- yang dijual pada harga tidak melebihi RM500, dan dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.
Mereka yang menjual LVG di platform dalam talian atau mengendalikan pasaran dalam talian untuk penjualan dan pembelian LVG mesti mendaftar dengan JKDM jika jumlah nilai jualan LVG yang dibawa masuk ke Malaysia melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan.
Secara berasingan, JKDM turut menerbitkan satu set garis panduan mengenai pelaksanaan cukai jualan LVG di portalnya bertarikh 3 Nov 2023.
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang JKDM di
http://www.customs.gov.my/en/pages/main.aspx.
Sementara itu, menurut Warta Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 8 Dis 2023, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menandatangani Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022: Penetapan Tarikh Efektif Bagi Mengenakan dan Melevikan Jualan Cukai Barang Bernilai Rendah (LVG) pada 4 Dis, 2023.
"Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 1(3) Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022 [AktaA1671], Menteri menetapkan 1 Januari 2024 sebagai tarikh efektif bagi mengenakan dan melevikan cukai jualan bagi barang bernilai rendah," demikian menurut warta tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023
Malaysia akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian mulai 1 Jan 2024. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Cukai jualan ke atas LVG import beri kesaksamaan persaingan kepada perniagaan tempatan - MoF
Cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport yang dijual dalam talian, bertujuan memberi kesaksamaan persaingan kepada perniagaan tempatan.
Cukai jualan 10 peratus ke atas barang dalam talian bawah RM500 dikenakan mulai 1 Jan 2024
JKDM turut menerbitkan satu set garis panduan mengenai pelaksanaan cukai jualan LVG di portalnya bertarikh 3 Nov 2023.
LVG: Cukai jualan e-dagang dapat reaksi pelbagai dalam kalangan ahli ekonomi
Pada masa ini, LGV yang bernilai RM500 dan ke bawah tidak dikenakan sebarang cukai apabila diimport ke Malaysia.
KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.
Sarawak guna cukai jualan produk petroleum bantu rakyat - Awang Tengah
Pelaksanaan cukai jualan oleh kerajaan negeri Sarawak adalah satu daripada kaedah penstrukturan semula hasil yang membolehkan negeri ini menjana pendapatan tambahan untuk membantu rakyat khususnya yan
Sabah dijangka kutip cukai jualan RM1.23 bilion daripada Petronas mulai 2021
Jeffrey berkata kerajaan negeri juga akan mengutip cukai jualan sebanyak lima peratus daripada syarikat minyak dan gas lain yang beroperasi di Sabah.
Proton lancar Edisi Ulang Tahun, harga RM39,300
Selepas 35 tahun, Proton sekali lagi mencipta sejarah dengan melancarkan Proton Saga edisi Ulang Tahun secara dalam talian.
Geran ekonomi gig galakkan caruman Perkeso, KWSP - Penganalisis
Insentif menerusi PENJANA yang diumumkan Perdana Menteri juga memberi jaminan perlindungan jaringan keselamatan sosial pekerja ekonomi gig.
Tiada pengurangan bayaran SST 2019 kepada Petronas - Menteri Muda Sarawak
Sharifah Hasidah berkata, dakwaan Wong bahawa cukai minyak dan gas bagi 2019 dan 2020 yang dijangkakan berjumlah RM6.775 bilion telah dikurangkan kepada RM2 bilion, adalah tidak benar dan mengelirukan
Tiada cukai jualan pelbagai peringkat produk petroleum - Abang Johari
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan cukai jualan hanya akan dikenakan ke atas produk petroleum yang dieksport dan tiada cukai jualan pelbagai peringkat akan dikenakan.