Langkah kerajaan memperkenalkan geran padanan sehingga RM50 juta bagi platform ekonomi gig akan menggalakkan pekerja menyumbang dari segi caruman untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata insentif menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, juga memberi jaminan perlindungan jaringan keselamatan sosial pekerja ekonomi gig tersebut.
"Kami khususnya tertarik dengan langkah-langkah membabitkan digitalisasi dan ekonomi gig tersebut. Selain itu, turut diperkenalkan adalah e-dompet RM50 serta e-baucar dan kod promosi yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk berbelanja dalam talian," katanya kepada Bernama.
Selain itu, Mohd Afzanizam berkata geran padanan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi tujuan transformasi digital menerusi latihan dan subsidi, juga dapat menggalakkan mereka untuk memanfaatkan platform digital tersebut.
"Bagi ekonomi utama pula, langkah memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah dan pengecualian cukai jualan untuk kereta pemasangan tempatan penuh akan dapat memacu sektor hartanah dan automotif," katanya.
Sementara itu Pakar Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Izuan Ahmad menyifatkan pelbagai inisiatif di bawah PENJANA itu membuktikan keazaman kerajaan untuk menyokong dan membantu sektor PKS yang merupakan antara penyumbang utama ekonomi serta pertumbuhan pekerjaan di negara ini.
"Pelbagai langkah PENJANA itu dengan jelas memaparkan aspirasi serta sasaran kerajaan untuk meningkatkan pembabitan PKS bagi melaksanakan pendigitalan sebagai kaedah memajukan perniagaan mereka.
"Selain itu, terdapat pakej pembiayaan berjumlah kira-kira RM5.6 bilion untuk pemain PKS tempatan bagi menyokong operasi perniagaan selain memastikan kapasiti kewangan dan kemampuan mereka mengharungi persekitaran perniagaan yang mencabar," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga telah berusaha dalam memastikan pelan pemulihan negara itu dapat digerakkan dengan menyokong usaha sektor PKS selain digitalisasi kebanyakan operasi kerajaan dan perniagaan bagi mempertingkat pertumbuhan ekonomi untuk suku ketiga sehingga pulih sepenuhnya menjelang tahun depan.
Menurutnya, ini bagaimana pun bergantung kepada kejayaan negara membendung penularan virus COVID-19 berkenaan.
"Usaha sokongan terhadap pekerja ekonomi gig itu turut diperuntukkan PENJANA bagi menyemai serta mengekalkan kelangsungan sektor tidak rasmi yang turut menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi. Malah ini akan turut menggalakkan lagi budaya perniagaan secara dalam talian," katanya.
Dalam pada itu, Afzanizam juga menyifatkan PENJANA telah menangani kebimbangan dalam pasaran kerja, peralihan kepada kebiasaan baharu membabitkan digitalisasi serta sektor utama ekonomi seperti hartanah dan automotif.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan komited untuk memacu pertumbuhan dan pada masa sama sanggup berdepan peningkatan defisit. Sekiranya pembukaan semula ekonomi berjalan dengan baik, ini dijangka menyaksikan pertumbuhan lebih positif pada separuh kedua tahun ini," katanya.
Di bawah pelan PENJANA itu, perdana menteri telah mengumumkan 40 inisiatif bernilai RM35 bilion dengan sebahagian besar daripada peruntukan itu disasarkan bagi jaminan pekerjaan mereka dalam ekonomi gig, meningkatkan kemahiran serta memudahkan aliran tunai untuk perniagaan.
Ini menerusi memperkenalkan geran padanan sehingga RM50 juta untuk platform ekonomi gig yang membuat caruman pekerja mereka kepada Skim Bencana Pekerjaan PERKESO berjumlah sehingga RM162 dan skim i-Saraan KWSP sehingga RM250 setahun.
Selain itu, peruntukan khas RM25 juta disalurkan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi program Global Online Workforce (GLOW) yang membabitkan khidmat untuk pelanggan antarabangsa secara bekerja dalam talian dari rumah.
Dalam usaha menggalakkan perusahaan mikro dan PKS menggunakan perkhidmatan digital, kerajaan berserta sektor swasta akan membiayai geran padanan sebanyak RM140 juta.
Peruntukan tersebut akan digunakan bagi tujuan sesi latihan, subsidi untuk penjual dan bantuan jualan yang mana inisiatif terbabit akan dipacu oleh MDEC berserta platform e-dagang terpilih.
Sejajar sasaran untuk meningkatkan pelaksanaan e-dagang oleh perusahaan mikro dan PKS bagi memperluas jangkauan pasaran masing-masing, kerajaan menerusi kempen e-dagang mikro dan PKS akan memperuntukkan sejumlah RM70 juta bagi usahawan terbabit yang layak.
Ini bagi membolehkan usahawan mikro dan PKS berkenaan melaksanakan digitalisasi perniagaan menerusi program yang dibiayai bersama oleh MDEC dan platform e-dagang.
Kerajaan juga akan bekerjasama dengan platform e-dagang bagi membiayai bersama diskaun baucar digital untuk menggalakkan perbelanjaan produk-produk peruncit tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 05 2020

MOHD AFZANIZAM: Langkah memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah dan pengecualian cukai jualan untuk kereta pemasangan tempatan penuh akan dapat memacu sektor hartanah dan automotif. - Gambar fail

Bekas kerani bank mengaku palsu dokumen, tipu pelanggan
Tertuduh mengaku salah membabitkan 55 pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kereta, rumah dihempap pokok tumbang
Seorang wanita serta lima anaknya diselamatkan ketika pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Jalan Perkasa Taman Maluri.

MBI tidak batalkan operasi bazar Ramadan - Datuk Bandar
Setakat ini tiada sebarang perubahan dibuat memandangkan kes COVID-19 masih lagi terkawal walaupun daerah Kinta berada dalam zon merah.

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri
Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah FPDA dan ADMM serta ADMM-Plus.

Sistem e-wages pastikan pekerja terima gaji tepat pada masanya - MEF
Sistem e-wages yang dijangka dilancarkan kerajaan tidak lama lagi akan memastikan para pekerja termasuk pekerja asing dibayar upah tepat pada masanya.

Negara berdepan kepupusan Harimau Belang Malaya jika tidak dipelihara
Tindakan pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.

Denda tinggi ke atas pemburu haram pastikan harimau Malaya tidak pupus
Enam pelan kodusif bersama agensi berkaitan diharapkan dapat menangani krisis kepupusan Harimau Malaya.

'Flying Sikh' kembali beraksi, janji kembalikan kegemilangan rali
Legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Asing Diri Dalam Gua | Kaji kehidupan dalam kegelapan
Ketika dunia sedang menjalani perintah berkurung, kuarantin dan pengasingan kendiri, sekumpulan saintis dan penjelajah dari Perancis dengan suka rela mengasingkan diri di sebuah gua di Pirenis. Matlamatnya adalah untuk lebih memahami kesan pengasingan diri dan kekurangan cahaya pada waktu siang.

Kerjasama Altimet, pengurus tubuhkan syarikat pengurusan sendiri
Pengalaman hampir 35 tahun berada dalam industri membuatkan mereka bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh.

Jualan kenderaan naik 4.13 peratus pada Februari 2021 - MAA
Jualan kenderaan di Malaysia meningkat 4.13 peratus kepada 42.784 unit pada Februari tahun ini daripada 41.088 unit bulan sama tahun lalu.

AATF untuk pelupusan kenderaan secara lestari - JAS
AATF akan menjalankan peleraian komponen terutamanya komponen yang mengandungi buangan terjadual daripada kenderaan yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Kementerian Pengangkutan.

UMW Holdings Berhad catat keuntungan bersih RM137.4 juta suku keempat 2020
UMW Holdings Berhad mencatatkan keuntungan dengan pendapatan bersih RM137.4 juta untuk suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2020.

Jualan kenderaan pada 2020 menurun 74,847 unit berbanding 2019, jangka peningkatan pada 2021
Walaupun terdapat penurunan dua digit dalam TIV, ia pencapaian yang baik bagi industri automotif tempatan.

Kedah bakal terima pelaburan dalam teknologi hijau dan pertahanan bernilai RM1.5 bilion
Projek berimpak tinggi itu dijangka jadikan Kedah hab pemasangan kenderaan teknologi hijau dan industri pertahanan utama di Asia Tenggara.

Di sebalik pandemik, Lamborghini berjaya capai rekod jualan terbaik
Ia sekali gus disifatkan sebagai bulan September terbaik buat Lamborghini!

Proton catat peningkatan jualan untuk empat bulan berturut-turut
SUV terlaris di Malaysia, Proton X70, telah mencatat jualan sebanyak 2,849 unit, prestasi jualan yang kedua terbaik dalam tahun 2020.

Proton masuk pasaran Kenya dengan Saga
Kereta itu dihantar sebagai model pemasangan tempatan (CKD) dan akan dibina semula oleh Simba Corp, sebuah konglomerat yang mempunyai pengalaman pemasangan serta jualan dalam industri automotif.

Proton perluaskan rangkaian pengurusan kereta terpakai
Dengan pertumbuhan jualan Proton yang meningkat pantas dan dijangka berterusan dalam beberapa tahun akan datang, peranan pengurusan kereta terpakai menjadi lebih penting

UMW laksana pendekatan serampang dua mata kurangkan kesan COVID-19
Sokongan perolehan syarikat akan didorong tiga segmen perniagaan teras, iaitu automotif; peralatan; serta pembuatan dan kejuruteraan.