Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dinasihat menerima kenyataan dan memberikan sokongan padu kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman untuk mengemudi jentera menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, sokongan kepada Ahmad Razif juga seharusnya sama seperti yang diterima Ahmad Said semasa eranya menjadi menteri besar sebelum ini.
"Ahmad Said harus terima kenyataan. Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dia sudah lepas. Dahulu semasa dia menjadi menteri besar pun orang sokong Ahmad Said.
"Sebarang keputusan biarlah Kerajaan Pusat yang tentukan. Tunggu PRU akan datang untuk kita tentukan keputusan KPI Ahmad Razif. Buat masa ini, cukup-cukuplah kita melayan blues Ahmad Said.
"Sebagai ahli parti dan pemimpin seharusnya Ahmad Said berdiri teguh bersama Pengerusi UMNO negeri, buat kerja dan pertahankan parti. Tidak patut membuat usul yang boleh merosakkan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN), sekali gus mengkhianati perjuangan UMNO," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Najmil Faiz mengulas tindakan Ahmad Said yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menerima usul itu kemudian menangguhkan sidang untuk meneliti usul tersebut mengikut kerangka perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri.
Bagaimanapun, Mohd Zuber menolak usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif dengan alasan Ahmad Said tidak mengikut peraturan ketika mencadangkannya.
Dalam pada itu, jelas Najmil Faiz yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, UMNO negeri kini harus memberi sokongan dalam usaha untuk menguatkan parti selain mengetepikan sebarang perasaan dendam yang masih ada dalam kalangan pemimpin dan ahli.
"Lihat pada parti. Kuatkan saf untuk menghadapi pilihanraya. Semua wakil rakyat di Terengganu perlu memberi fokus untuk membantu dan bekerja untuk rakyat serta parti.
"Jangan memporak-perandakan struktur pentadbiran. Ahmad Razif sedang dalam momentum baik untuk membangunkan Terengganu dan membantu rakyat termasuk golongan muda di negeri itu.
"Jangan bantutkan perjalanan Ahmad Razif kerana ia hanya merugikan rakyat. Jangan hilangkan fokus kepimpinan negeri, beri kerjasama sepenuhnya untuk mencapai KPI terbaik pada PRU akan datang. Pemuda Kuala Terengganu sentiasa menyokong penuh kepimpinan Ahmad Razif," ujarnya.
Sebelum ini, Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dilapor berkata, tindakan Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif disifatkan sebagai 'gila talak'.
Tegas Azalina, tindakan bekas menteri besar itu dikatakan akan melakukan apa sahaja untuk menyandang jawatan itu semula.
Wan Syamsul Amly
Wed Mar 09 2016
NAJMIL FAIZ: Cukup-cukuplah layan 'blues' Ahmad Said. -Gambar fail
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Tragedi solat Jumaat: Keluarga Rahimi berlepas ke Christchurch
Rosdi berkata dia mahu melihat sendiri keadaan Rahimi dan berharap kehadiran mereka dapat memberi semangat kepadanya.
Jadi pengundi bijak, jangan sampai era kegelapan Terengganu berulang - Najib
Rakyat Terengganu perlu menjadi pengundi yang bijak bersandarkan fakta.
Senarai calon BN negeri Terengganu
Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
Bayar 80 sen, bawa pulang kambing berharga RM800
Idea kreatif itu adalah inisiatif Pengusaha Kendera Saji NARIN, Kamaruddin Mohamad, bagi menghargai pelanggan yang berbelanja di kendera sajinya sepanjang seminggu ekspo itu berlangsung.
Amphicoach bakal beroperasi tidak lama lagi - MB Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Laut Malaysia sedang membuat penelitian sebelum beroperasi sepenuhnya.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
'Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu dipolitikkan'
Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang hanya mahu menjadi juara di mata rakyat.
Keputusan telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang diketahui Januari
Pertikaian antara Terengganu dan Pahang mengenai telaga minyak Bertam hanya akan terjawab Januari ini