Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) tidak perlu lagi dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang hanya mahu menjadi juara di mata rakyat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) telah lama menyelesaikan perkara itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata isu tersebut sentiasa ditimbulkan dalam setiap persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun telah banyak penjelasan dibuat kepada wakil pembangkang.
"Walau sudah beratus kali, beribu kali kita jelaskan, mereka tetap tidak mahu faham. Jadi hari ini, saya nak jelaskan... biarlah ini yang terakhir agar semua faham. Apabila dibangkitkan di luar sana, rakyat tidak lagi keliru kerana telah faham dengan jelas berkenaan DKKP ini.
"Pertama, memang kita akui bahawa projek yang telah menggunakan duit dana kerajaan negeri iaitu untuk program rumah mesra rakyat negeri lain sebanyak RM771.344 juta, dana khas kerajaan persekutuan negeri-negeri lain RM717.300 juta, projek jalan raya Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang pakej 6A dari Aring ke sempadan Kelantan - Terengganu iaitu RM197.610 juta.
"Seterusnya, projek perumahan TUDM Gong Kedak (RM35 juta), perbelanjaan pengurusan Universiti Darul Iman (RM22.4 juta), perolehan tanah 100 ekar untuk projek Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC (RM21.344 juta), bayaran pampasan tanah Pulau Redang (RM4.907 juta) dan projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud (RM400 juta) dengan jumlah keseluruhannya RM2.169 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab beberapa soalan daripada wakil pembangkang mengenai DKKP ketika menggulung perbahasan Bajet Terengganu 2018 pada persidangan DUN itu pada Khamis.
Seterusnya, Ahmad Razif berkata jumlah DKKP sebanyak RM2.169 bilion itu telah mula dibayar kepada kerajaan negeri Terengganu bermula pada tahun 2011 dan akan selesai pada tahun 2020.
Beliau berkata sebanyak RM200 juta dibayar pada tahun 2011, 2012 (RM200 juta), 2013 (RM220 juta) dan jumlah yang sama dibayar hingga 2019 di mana bayaran terakhir ialah pada tahun 2020 iaitu sebanyak 229 juta.
"Saya sudah berkali-kali sebut dan jawab hal ini dalam hampir setiap kali DUN bersidang. Sebenarnya tidak ada isu langsung. Apa matlamat kita sebenarnya? Matlamat kita ialah mendapatkan hasil pendapatan untuk rakyat dan negeri," katanya.
"Isu pembayaran DKKP tidak menjadi masalah. Rakyat Terengganu tetap dapat DKKP... yang jadi masalah kalau kita tak dapat dana tersebut," katanya.
Beliau turut mengulas mengenai saman yang ditarik balik kerajaan negeri yang dibangkitkan Mohd Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) berhubung tuntutan yang difailkan terhadap Petronas oleh kerajaannegeri di bawah PAS ketika itu.
"Ia adalah untuk satu perintah supaya Petronas membuat bayaran sebagaimana yang sepatutnya mulai dari 1 Sept 2000 dan di masa-masa hadapan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perjanjian.
"Memandangkan perkara ini telah dilaksanakan, maka pada 21 Mac 2012, kerajaan negeri Terengganu telah menarik balik kes tuntutan ini di mahkamah. Isu ini sudah lima tahun selesai. Ia bukan satupengkhianatan," katanya.
Tambahnya, hubungan baik dengan Petronas memberi manfaat baik kepada rakyat apabila syarikat itu bersetuju untuk membantu kerajaan negeri melalui program tanggungjawab sosial korporat mereka di Terengganu. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 14 2017
AHMAD RAZIF: isu tersebut sentiasa ditimbulkan dalam setiap persidangan DUN walaupun telah banyak penjelasan dibuat kepada wakil pembangkang. - BERNAMA/Fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Tragedi solat Jumaat: Keluarga Rahimi berlepas ke Christchurch
Rosdi berkata dia mahu melihat sendiri keadaan Rahimi dan berharap kehadiran mereka dapat memberi semangat kepadanya.
Jadi pengundi bijak, jangan sampai era kegelapan Terengganu berulang - Najib
Rakyat Terengganu perlu menjadi pengundi yang bijak bersandarkan fakta.
Senarai calon BN negeri Terengganu
Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
Bayar 80 sen, bawa pulang kambing berharga RM800
Idea kreatif itu adalah inisiatif Pengusaha Kendera Saji NARIN, Kamaruddin Mohamad, bagi menghargai pelanggan yang berbelanja di kendera sajinya sepanjang seminggu ekspo itu berlangsung.
Amphicoach bakal beroperasi tidak lama lagi - MB Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Laut Malaysia sedang membuat penelitian sebelum beroperasi sepenuhnya.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
'Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu dipolitikkan'
Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang hanya mahu menjadi juara di mata rakyat.
Keputusan telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang diketahui Januari
Pertikaian antara Terengganu dan Pahang mengenai telaga minyak Bertam hanya akan terjawab Januari ini