awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuti KSU, ketua pengarah dibatalkan serta-merta - KSN

Bernama
Bernama
24/12/2021
11:50 MYT
Cuti KSU, ketua pengarah dibatalkan serta-merta - KSN
Cuti semua ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan dan agensi kerajaan dibatalkan serta-merta, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Cuti semua ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan dan agensi kerajaan dibatalkan serta-merta, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan arahan pembatalan cuti bagi anggota Kabinet dan mengarahkan semua menteri yang sedang bercuti di luar negara, supaya pulang segera.
"Saya turut mengarahkan semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah Jabatan/Agensi bagi perkara yang sama berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zuki berkata ini bagi membolehkan semua agensi kerajaan menggembleng tenaga dalam memastikan kesiapsiagaan seluruh jentera kerajaan untuk mengharungi keadaan semasa negara demi rakyat.
Ismail Sabri dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Bentong, Pahang hari ini berkata menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti diarah membatalkan cuti masing-masing, sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuti dibatalkan
#Ketua Setiausaha Kementerian
#ketua pengarah jabatan
#agensi kerajaan
#Mohd Zuki Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan