KOTA KINABALU: Penginapan berbentuk inap desa menjadi pilihan ramai pelawat terutama golongan berkeluarga yang mengambil peluang bercuti ke Sabah ketika musim cuti yang panjang, biasanya di hujung tahun.
Justeru, tidak hairan jika pengusaha inap desa mendapat permintaan tinggi pengunjung sehingga ada inap desa penuh ditempah, sekali gus memberikan limpahan rezeki kepada pengusaha sektor itu selain menjana ekonomi pengusaha restoran, warung serta masyarakat setempat.
Di LAHAD DATU, pengusaha inap desa Pulau Buta Eco Tourism Jessica Reyes berkata tempahan pada hujung tahun dan musim cuti sekolah sangat memberangsangkan, dengan tempahan itu diterimanya sebulan lebih awal.
"Pada bulan ini sahaja, hampir setiap hari kita menerima pengunjung dan ada juga yang tidak dapat bilik tetapi mereka memilih pergi ke glamping site atau kawasan perkemahan dengan kemudahan yang moden serta dihias cantik.
"Kami bersiap lebih awal, menambah stok cadar dan tuala kerana tahu pertambahan pengunjung yang begitu drastik. Saya bersyukur dengan rezeki hujung tahun buat Pulau Buta Eco Tourism," katanya kepada Bernama.
Menurut Jessica selepas pandemik COVID-19, pertumbuhan sektor pelancongan khususnya domestik mendapat sambutan baik dan kesannya adalah menyeluruh, termasuk melibatkan industri makanan dan pengangkutan tempatan.
Di TAWAU, pengusaha Tawau Residence Homestay Siti Ros Palatui berkata terdapat permintaan tinggi untuk menginap di inap desa miliknya pada setiap kali musim cuti sekolah.
"Ini trend saya lihat saban tahun, untuk tempahan homestay saya di Taman Muhibbah Jaya serta Taman Semarak Indah, pelanggan kami ini ada dari Sandakan, Kota Kinabalu, Sarawak, Semenanjung Malaysia serta Brunei," katanya.
Menurutnya kebanyakan pelanggan inap desa itu ke Tawau untuk bercuti, menghadiri majlis selain melawat keluarga di kampung yang sekali gus memberi impak positif kepada sektor ekonomi setempat lain termasuk restoran.
Di SANDAKAN, bagi Mariyana Lahiya yang mengusahakan Idaman Homestay di sini, inap desanya merupakan sebuah unit apartmen yang mampu menampung keluarga atau kumpulan sehingga 10 orang pada satu masa.
"Permintaan pada musim cuti sekolah memang tinggi, lebih-lebih lagi dalam bulan Disember ini bila kebanyakan masyarakat di Sabah dapat menikmati cuti hujung minggu dan cuti umum Krismas empat hari berturut-turut.
Mariyana mengakui inap desanya mempunyai keluasan terhad untuk menampung jumlah pelanggan yang ramai, namun pihaknya tidak berkompromi dalam memberi perkhidmatan selesa kepada pengunjung.
Katanya beliau sentiasa berhati-hati untuk menerima tempahan pelanggan agar perkhidmatan terbaik dapat diberikan dan tidak menimbulkan masalah atau gangguan kepada penghuni apartmen lain.
Di RANAU, Pengerusi Persatuan Mesilou Atamis Homestay Kundasang Azizul Julirin berkata daerah itu mempunyai kira-kira 60 pengusaha inap desa aktif yang menawarkan lebih 260 bilik untuk pengunjung.
"Kami pengusaha inap desa di sini telah menerima tempahan awal, malah tempahan telah penuh ketika cuti Krismas ini sehingga Tahun Baru, kebanyakan yang datang terdiri daripada orang tempatan di Sabah sendiri, juga orang luar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023
Pengusaha inap desa berkata, tempahan pada hujung tahun dan musim cuti sekolah sangat memberangsangkan, dengan tempahan itu diterimanya sebulan lebih awal. - Gambar/ Bernama
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
44 kes melioidosis direkodkan di Sabah setakat ini
Ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.