awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuti umum: Majikan, pekerja perlu bincang tentukan pilihan tarikh

Bernama
Bernama
25/11/2022
08:26 MYT
Cuti umum: Majikan, pekerja perlu bincang tentukan pilihan tarikh
Semalam, PM Anwar Ibrahim mengumumkan 28 Nov sebagai cuti umum sempena pembentukan Kerajaan Perpaduan Nasional dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Majikan di sektor swasta dikehendaki berbincang dengan pekerja sama ada mahu memilih Isnin ini sebagai cuti umum atau menggantikannya dengan tarikh lain, demikian menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM).
KSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sekiranya tiada penggantian, pekerja yang bekerja pada tarikh tersebut layak menerima kadar gaji bagi cuti umum.
"Kementerian menggesa majikan untuk memenuhi pemberian hari cuti umum tambahan berkenaan kepada pekerja masing-masing," menurut kenyataan itu.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 28 Nov sebagai cuti umum sempena pembentukan Kerajaan Perpaduan Nasional dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.
Anwar berkata cuti yang asalnya dicadang diberikan pada hari ini terpaksa dianjak ke Isnin depan untuk terus memberikan ruang kepada nilai ringgit dan Bursa Malaysia yang menunjukkan perkembangan positif.
Cuti berkenaan diisytiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang juga merupakan cuti umum diperuntukkan kepada pekerja di sektor swasta menurut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Sumber Manusia
#Anwar Ibrahim
#cuti umum
#Kerajaan Perpaduan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan