TEHRAN: Pasukan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran telah menumpaskan satu pasukan pengganas di wilayah Sistan dan Baluchestan yang terletak di tenggara negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, Pejabat Perhubungan Awam Pangkalan Quds bagi Angkatan Darat IRGC memaklumkan bahawa pasukan pengganas itu berjaya dikenal pasti dan ditumpaskan hasil maklumat penduduk tempatan serta operasi perisikan yang tepat.
Menurut kenyataan itu kumpulan berkenaan merancang untuk melancarkan serangan pengganas di kawasan terbabit.
Menurut kenyataan itu lagi, enam ahli kumpulan pengganas Takfiri maut dalam operasi di wilayah Sistan dan Baluchestan, manakala beberapa peranti bahan letupan turut ditemukan dan dirampas.
-- BERNAMA-IRNA