KUALA LUMPUR: Pemaju hab teknologi, Cyberview Sdn Bhd melantik Kamarul Ariffin Abdul Samad sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berkuat kuasa 14 Ogos, 2023.
Sebelum pelantikan ini, beliau merupakan pengurus besar Sime Darby Property Selatan Sdn Bhd dan bertanggungjawab menguruskan projek Malaysia Vision Valley di Negeri Sembilan, kata Cyberview dalam satu kenyataan semalam.
"Saya berbesar hati dengan peluang yang diberikan untuk berkongsi pengalaman saya dengan pasukan sambil kami berusaha gigih untuk menjayakan pelan induk Cyberjaya yang dilancarkan pada 2019.
"Walaupun ada kemajuan, dan kita melihat pelbagai usaha yang dilakukan untuk menarik pelaburan langsung asing teknologi dan pelaburan langsung domestik membuahkan hasil, namun masih terdapat potensi besar untuk memajukan pembangunan Cyberjaya," kata Kamarul Ariffin dalam kenyataan tersebut.
Semasa berkhidmat dengan Sime Darby Property Bhd beliau memegang pelbagai jawatan utama antaranya dalam unit pembangunan perniagaan, perancangan strategik dan pelaburan korporat dan perniagaan.
Kamarul Ariffin pernah menyandang jawatan sebagai ketua pegawai perhubungan strategik bagi Battersea Power Station Development Company Ltd di London, yang mewakili konsortium Malaysia terdiri daripada Sime Darby Property, SP Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan pengarah dalam lebih 25 syarikat Sime Darby Property di pelbagai negara dan wilayah antaranya di Malaysia, United Kingdom, Hong Kong, Australia dan Vietnam.
Cyberview berkata pengalaman luas Kamarul Ariffin lebih 30 tahun dalam pelbagai bidang akan memantapkan peranan syarikat itu dalam membentuk masa depan Malaysia yang inovatif, menerusi Cyberjaya, yang merupakan lokasi pelaburan teknologi pilihan dan hab teknologi global.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
Kamarul Ariffin juga pernah memegang jawatan pengarah dalam lebih 25 syarikat Sime Darby Property di pelbagai negara dan wilayah antaranya di Malaysia, United Kingdom, Hong Kong, Australia dan Vietnam. - Foto Cyberview Sdn Bhd
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Cyberview lantik Kamarul Ariffin Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Beliau sebelum ini pengurus besar Sime Darby Property Selatan Sdn Bhd, bertanggungjawab menguruskan projek Malaysia Vision Valley.