awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dadah RM14.4 juta dalam bungkusan sabun pencuci pakaian

Sinar Harian
Sinar Harian
17/07/2023
05:00 MYT
Dadah RM14.4 juta dalam bungkusan sabun pencuci pakaian
Mohd Kamarudin (dua kiri) menunjukkan dadah yang dirampas. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Taktik sindiket pengedaran dadah yang menyembunyikan pelbagai jenis dadah bernilai RM14.4 juta dalam bungkusan sabun pencuci pakaian terbongkar susulan tertangkapnya tiga lelaki dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, pada Khamis lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya telah melancarkan empat serbuan di sekitar Cheras, Kuala Lumpur dan Klang pada jam 1.40 pagi Khamis lalu.
"Kita menahan tiga lelaki 32 tahun hingga 61 tahun, kita turut merampas dadah jenis methamphetamine seberat 56 kilogram (kg), ketamin 20 kg dan ekstasi 154.3 kg," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pada Isnin.
Mohd Kamarudin berkata, tiga lelaki itu berperanan sebagai kordinator, penjaga stor dan pembekal.
"Modus operandi digunakan sindiket yang disyaki aktif sejak awal tahun ini menjadikan premis kediaman dan rumah kedai sebagai tempat menyimpan dadah.
"Dadah yang diseludup dari negara jiran itu akan diisi dalam bungkusan sabun pencuci pakaian, kemudian mereka menggunakan syarikat logistik untuk diedarkan bagi pasaran tempatan," katanya.
Beliau berkata, saringan awal polis terhadap kesemua suspek mendapati mereka negatif dadah.
"Semakan rekod terhadap kesemua suspek mendapati hanya seorang daripada mereka mempunyai rekod bagi kes jenayah dan dadah," katanya.
Mohd Kamarudin berkata, tindakan juga diambil dibawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
"Kita telah menyita aset sindiket antaranya kereta BMW, Lexus, Perodua Bezza, Toyota Vios, barang kemas serta wang tunai dianggarkan bernilai RM389,166," katanya.
Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh seramai 861,335 penagih dadah.
"Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sindiket dadah
#sabun pencuci pakaian
#Bukit Aman
#Mohd Kamarudin Md Din
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan