awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daftar Pemilih Tambahan April 2025 dibuka untuk semakan - SPR

Bernama
Bernama
21/05/2025
22:00 MYT
Daftar Pemilih Tambahan April 2025 dibuka untuk semakan - SPR
Ikmalrudin berkata, ia turut mengandungi 13,058 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,016 orang pemilih bertukar kategori pengundi atau status. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2025 (DPT BLN4/2025) boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula Rabu (21 Mei) hingga 19 Jun depan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.
Beliau berkata DPT BLN4/2025 yang diperaku dan diwartakan pada Rabu mengandungi 32,566 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 April 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
Selain itu Ikmalrudin berkata, ia turut mengandungi 13,058 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,016 orang pemilih bertukar kategori pengundi atau status.
"SPR menyeru warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 April 2025 hingga 30 April 2025 dan pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi atau status untuk menyemak nama dalam DPT BLN4/2025, katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ikmalrudin berkata semakan boleh dibuat melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri (http://ppn.spr.gov.my), aplikasi dalam talian (https://myspr.spr.gov.my), aplikasi mudah alih MySPR Semak dan talian 03-8892 7218.
Beliau berkata sekiranya pemilih mendapati nama tidak disenarai dalam DPT BLN4/2025, tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang C manakala yang berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama mereka boleh mengisi Borang D.
Ikmalrudin berkata sebarang pertanyaan berkaitan semakan DPT BLN4/2025 boleh diajukan kepada SPR melalui portal rasmi atau menghubungi talian hotline SPR 03-8892 7218.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPR
#semakan daftar
#pengundi tambahan
#Ikmalrudin Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami