awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
Malaysia kekal destinasi pelancongan hujung tahun utama penduduk Singapura
Indonesia, Australia tandatangani perjanjian keselamatan terbesar dalam tiga dekad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun 2023 dibuka untuk semakan hingga 7 Okt

Bernama
Bernama
08/09/2023
13:42 MYT
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun 2023 dibuka untuk semakan hingga 7 Okt
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2023 (DPTBLN6/2023) telah diperaku semalam dan diwartakan hari ini. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2023 (DPTBLN6/2023) telah diperaku semalam dan diwartakan hari ini.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata DPT BLN6/2023 dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 7 Okt.
"DPT BLN6/2023 ini mengandungi 38,491 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Jun 2023 hingga 30 Jun 2023 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 8,568 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 4,200 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN6/2023 iaitu portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my ; aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218.
Beliau seterusnya menyeru warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Jun 2023 hingga 30 Jun 2023 dan pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status, untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN6/2023.
Ikmalrudin berkata sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN6/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.
"Di samping itu mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya dengan mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan," katanya.
Beliau berkata Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan ia hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN6/2023.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN6/2023 ini, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi SPR di talian 03-88927218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Ikmalrudin Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan