KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2023 (DPT BLN5/2023) yang telah diperakui semalam dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari sehingga 14 Sept depan.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata ia mengandungi 41,289 nama warganegara berumur 18 tahun dalam tempoh 1 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
"Selain itu ia turut mengandungi nama 12,183 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 3,005 pemilih bertukar status atau kategori pengundi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata SPR menyediakan lima kaedah semakan iaitu melalui Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; dan aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my.
Semakan juga katanya boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218.
Sehubungan itu beliau menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih berkenaan.
Katanya individu yang mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN5/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C, manakala mana-mana pemilih berdaftar yang berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan raya pula boleh mengisi Borang D.
Katanya Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada https://myspr.spr.gov.my atau hportal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan
Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN5/2023 ini, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi SPR di talian 03-88927218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Daftar pemilih itu mengandungi 41,289 nama warganegara berumur 18 tahun dalam tempoh 1 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. - Gambar hiasan
Tiga lagi dibina Sabah dorong amalan kualiti hidup sihat
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kerajaan Negeri komited sediakan kemudahan asas kepada rakyat
Kerajaan Sabah komited menyediakan kemudahan asas kepada rakyat khususnya di luar bandar supaya penduduk di kawasan itu juga dapat menikmati kemajuan dan pembangunan.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata beliau juga gembira apabila menyedari inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) membuahkan hasil.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata beliau juga gembira apabila menyedari inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) membuahkan hasil.
DBKU komited kekalkan bandar bersih, indah & selamat
Menginstitusikan bandar raya sifar sampah juga antara komitmen yang sedang diusahakan DBKU bagi memastikan bandar raya itu kekal bersih, indah dan selamat.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengiktirafan Kuching bandar bersih perlu disambut komuniti
Pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan negeri Sarawak dalam memastikan bandaraya Kuching mencapai status sifar karbon.
Tiga ADUN PSB ditukar ke blok kerajaan
Tiga Adun bekas pemimpin Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan ditukar kedudukan daripada blok pembangkang ke blok kerajaan dalam persidangan DUN Sarawak bermula Isnin depan.
Gugurkan perkataan 'negeri' apabila merujuk kepada Sarawak
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar pada sabtu mencadangkan kepada kabinet Sarawak untuk menggugurkan perkataan ‘negeri’ apabila merujuk kepada wilayah berkenaan, terutama ketika menggubal perlembagaannya.
Kastam tahan lelaki cuba seludup lebih lima kilogram dadah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menahan seorang lelaki tempatan yang cuba menyeludup keluar lebih lima kilogram dadah bernilai RM177,120.60 di Jeti Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama Tawau pada Selasa lalu.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
PRK KKB: Nga sedia beri kerjasama kepada SPR isu peruntukan
Nga sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai pengumuman peruntukan berjumlah RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
"Siasatlah...mereka akan tahu apa yang sebenarnya' - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata pemberian duit raya merupakan amalannya sewaktu menyantuni kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pesakit di wad.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
SPR diarah mudahkan proses mengundi luar negara - PM
Dengan bilangan perantau yang semakin meningkat, kapasiti pelaksanaan pilihan raya juga harus terus ditingkatkan.
Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari 2024 (DPT BLN1/2024) yang diperaku semalam serta diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 21 Mac ini.