KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Feb depan.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata DPT BLN12/2023 mengandungi 38,285 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Dis lepas yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
Beliau berkata daftar pemilih itu juga mengandungi 6,139 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,671 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
"SPR menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Dis 2023 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN12/2023.
"Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN12/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikmalrudin berkata mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya boleh mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.
Menurutnya Borang C dan D itu juga boleh dimuat turun daripada portal Pejabat Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan serta membayar fi bantahan pada waktu pejabat, pada hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN12/2023.
Bagi semakan DPT BLN12/2023, SPR menyediakan lima kaedah iaitu melalui portal SPR (https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my); portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri (http://ppn.spr.gov.my); aplikasi dalam talian (https://myspr.spr.gov.my); aplikasi mudah alih MySPR Semak dan Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih melalui talian 03-8892 7218.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Menurut SPR, DPT BLN12/2023 mengandungi 38,285 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Dis lepas yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
Daftar Pemilih Tambahan Mac 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac 2024 (DPT BLN3/2024) telah diperaku dan diwartakan hari ini, dan semakan dibuka selama 30 hari sehingga 29 Mei ini.
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Feb depan.
Daftar Pemilih Tambahan September 2023 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September 2023 (DPT BLN9/2023) yang diperaku serta diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 22 Nov ini.
Daftar Pemilih Tambahan April 2023 kini dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan April 2023 yang diperaku dan diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 20 Jun 2023.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2022 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2022 (DPT BLN10/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 12 Jan depan.
Daftar Pemilih Tambahan Januari 2022 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari Tahun 2022 (DPT BLN1/2022) yang telah diperakui dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari, hingga 17 Mac depan.