awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daftar Pemilih Tambahan Jun 2024 dibuka untuk semakan - SPR

Bernama
Bernama
23/07/2024
13:10 MYT
Daftar Pemilih Tambahan Jun 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2024 telah diperaku dan diwartakan hari ini dan semakan dibuka selama 30 hari bermula hari ini. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2024 (DPT BLN6/2024) telah diperaku dan diwartakan hari ini dan semakan dibuka selama 30 hari bermula hari ini, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak.
Beliau berkata DPT BLN6/2024 itu mengandungi 37,242 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Jun 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 5,054 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 4,785 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
"SPR menyeru kepada warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Jun 2024 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status, untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN6/2024," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikmalrudin berkata SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN6/2024 iaitu melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri http://ppn.spr.gov.my dan aplikasi dalam talian https://myspr.spr.gov.my.
Kaedah lain termasuk aplikasi mudah alih MySPR Semak atau talian Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218.
Ikmalrudin berkata sekiranya pemilih mendapati nama mereka tidak disenaraikan dalam DPT BLN6/2024, pemilih tersebut boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.
Beliau berkata pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat melakukan bantahan terhadap kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, perlu mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.
Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan perlu dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN6/2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya negeri
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#membuat tuntutan
#nama pemilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan