PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang bekas penjual cendol atas sembilan kesalahan antaranya memiliki dan mengedar barangan berkaitan pengganas Daish serta memberi sokongan kepada kumpulan itu, enam tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
"Kami mendapati hukuman yang diputuskan terhadap kamu oleh Mahkamah Rayuan tidak terlalu berat yang memerlukan mahkamah ini campur tangan. Oleh demikian, rayuan perayu (Nahzatulazran) ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan dikekalkan," kata Hakim Mohamad Zabidin yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.
Pada 5 Feb 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap Nahzatulazran selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan berkaitan Daesh. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 18 Julai 2022 mengurangkan hukuman penjara 16 tahun kepada 10 tahun.
Bagi tiga pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Daesh, lelaki itu didakwa mempromosi kumpulan pengganas terbabit antaranya melalui pengedaran bendera, kain berwarna putih dan hijau muda dengan tulisan Jawi kepada tiga individu.
Ketiga-tiga kesalahan itu mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan tersebut.
Bagi dua tuduhan memiliki item-item berkaitan Daesh, Nahzatulazran didakwa memiliki sehelai bendera berwarna putih, dua papan berukir kalimah dalam bahasa Arab, dua bingkai gambar, gambar-gambar dan video berkaitan kumpulan pengganas itu mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucutkan hak ke atas barang-barang tersebut.
Sementara itu, bagi empat pertuduhan mengedar item berkaitan Daesh, dia didakwa mengedar sehelai bendera hijau bertulisan hitam, empai helai bendera hitam dan dua helai kain berwarna putih serta hijau mengandungi tulisan Jawi kepada beberapa individu, mengikut Seksyen 130JB(1)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di beberapa lokasi antaranya sekitar kampung di Melaka Tengah dan di sebuah rumah di Kepong di sini, pada Januari hingga September 2017.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzri memohon supaya rayuan ditolak dan hukuman penjara 10 tahun dikekalkan terhadap Nahzatulazran.
"Keterangan saksi pakar menunjukkan video berkaitan pemilikan item dan tahanan-tahanan daripada kumpulan Daesh manakala keterangan saksi terlindung pula menyatakan bahawa perayu memintanya menyediakan RM500 bagi membolehkannya ke Filipina untuk menyertai kumpulan tersebut," katanya.
Peguam Usha Kulasegaran dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili perayu berkata anak guamnya hanya merayu terhadap hukuman penjara dan mencadangkan supaya perayu dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun.
"Anak guam saya telah berada dalam penjara hampir enam tahun dan dia dijangka dibebaskan pada 10 Mei 2024, namun anak guam masih berhasrat meneruskan rayuan ini agar hukuman tersebut dikurangkan," kata peguam itu dan menambah kata bahawa perayu mempunyai dua anak berusia 13 dan 15 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Setakat ini hanya ibu bapa Zayn ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Melly Goeslow nyata masih hebat, memukau peminat di Axiata Arena
Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah.
Emir Kuwait lantik Sheikh Sabah Khaled Al Sabah sebagai putera mahkota
Emir Kuwait, Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah mengeluarkan dekri melantik Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah sebagai putera mahkota.
Dua pembantu penguasa kastam didakwa atas tuduhan rasuah
Dua Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia didakwa di atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,300.
Segera siasat dakwaan kontena Israel berada di Iskandar Puteri - Ahmad Zahid
Siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Shereen lebur rekod kebangsaan 400m miliknya di Tennessee
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat.
McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Peniaga lelaki berkenaan tular di aplikasi X apabila menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam bahan jualannya itu sehingga mengundang kecaman ramai.
Polis tembak mati dua lelaki di R&R Tanjung Malim
PDRM mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan Kelantan mahu kembalikan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini.
Permohonan aktivis untuk cabar keputusan AG tak dakwa pendakwah ditolak
Panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan yang dikemukakan oleh S. Sivakumar dan M. Rajasegaran.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.