awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’

Sinar Harian
Sinar Harian
02/06/2024
05:36 MYT
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Peniaga lelaki tersebut menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam sotong jualannya. Hantaran aduan berkenaan (kanan) mendapat perhatian KKM. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) mula bertindak setelah mendapat aduan mengenai peniaga yang menggunakan ‘tong sampah’ untuk merendam sotong yang dijualnya.

Ringkasan AI
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima aduan tentang seorang peniaga yang menggunakan tong sampah untuk merendam sotong yang dijualnya.
  • KKM mengumumkan bahawa mereka akan melakukan siasatan terhadap praktik peniaga tersebut.
  • Peniaga tersebut dalam sebuah video menjelaskan bahawa dia tidak tahu tong yang digunakannya itu adalah tong sampah, dan dia tidak melihat ia satu masalah selagi tong tersebut tidak digunakan untuk menyimpan sampah.

Peniaga lelaki berkenaan tular di aplikasi X apabila menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam bahan jualannya itu sehingga mengundang kecaman ramai.
Pemegang akaun @heyizwanizzat turut menyuarakan kebimbangannya dengan penggunaan tong berkenaan.
“Dia (peniaga) guna tong sampah buat rendam sotong untuk masak dan jual. Dah ramai yang tegur tapi jawapannya, sebab ramai yang buat macam tu, tak jadi masalah.
“Agak geram jugalah dengan jawapan dia terutamanya dalam bab penyediaan makanan macam ni. @KKMPutrajaya boleh dah jalankan tugas,” luahnya di X.
Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian daripada KKM.
“Terima kasih kerana membawa perhatian ini kepada kami. KKM akan menjalankan siasatan,” balasnya.
Sementara itu, dalam satu video berasingan yang berdurasi 59 saat, peniaga lelaki berkenaan ada membuat penjelasan.
“Rendam sotong pakai tong sampah eh? Saya pun tak tahu itu tong sampah sebab tak ada tulis kan. Main beli je dekat kedai. Kedai pun tak pesan pula, itu tong sampah.
“Saya pakai je lah sebab ramai yang lain pun pakai juga tong tu isi air untuk mandi. Bagi saya, tak ada masalah kot kalau rasa benda tu kotorlah, tak bersih.
“Tak apa kalau awak anggap macam tu sebab tong tu bukan saya isi sampah,” jelasnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rendam sotong
#tong sampah
#KKM
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan