Sepasang suami isteri memfailkan saman RM10 juta terhadap Hospital Besut, Terengganu dan 10 defendan lain, akibat kecuaian mengakibatkan kematian anak perempuan mereka, Ulya Insyirah Muhamad Sardi, 4 tahun, dua tahun lalu.
Muhamad Sardi Saad dan isterinya, Fadilah Abd Wahab memfailkan writ saman di mahkamah tinggi di sini pada jam 11 pagi Ahad melalui Tetuan Syukran Noordin Advocates & Solicitors.
Pasangan guru itu menamakan Dr Shairazi Azizi Mohd Salleh; Dr Mohd Ruhaifi Yusuf; Dr Norzaherawati Aryani Md Tahir; Dr Hasmani Hamat; Dr Muhammad Solehuddin Ishak dan Pengarah Hospital Besut, Terengganu sebagai defendan pertama hingga keenam.
Plaintif turut menamakan Dr Noor Ain Noor Afendi, Dr Sharifah Huda Engku Alwi, Datuk Dr Jimmy Lee Kok Foo, Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketujuh hingga ke-11.
Dalam kejadian 5 Disember 2013, mangsa, Ulya Insyirah dimasukkan ke Hospital Besut selepas mengalami muntah yang kerap sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah mengakibatkan keadaannya semakin parah.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia jam 8.05 pagi keesokan harinya.
Berdasarkan laporan perubatan, punca kematian mangsa adalah disebabkan pembengkakkan dalaman yang serius akibat kemasukan air atau lebihan ubat ketika rawatan.
Pasangan itu mendakwa ditawarkan RM14 ribu sebagai saguhati dan dengan syarat tidak perlu membawa kes berkenaan ke mahkamah namun ditolak oleh mereka.
Sebutan pertama kes, dijangka akan ditetapkan oleh mahkamah dalam tempoh terdekat.
Muhafandi Muhamad
Sun Dec 06 2015
Pasangan itu mendakwa ditawarkan RM14 ribu sebagai saguhati dan dengan syarat tidak perlu membawa kes berkenaan ke mahkamah namun ditolak oleh mereka. - Foto Astro AWANI
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Mangsa hilang dalam tragedi bot karam ditemukan terapung
Mangsa dipercayai berenang bersendirian setelah terpisah dengan rakan-rakannya selepas bertindak terjun dari bot yang hampir tenggelam dalam keadaan ribut, hujan lebat dan ombak besar.
Lelaki lemas, terjatuh dari jeti LKIM Besut
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari jeti Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut, di sini, hari ini.
Harungi air bah dalam kesakitan untuk bersalin
Suhaida Azmani, 27, yang hamil 39 minggu itu tidak menyangka akan berasa sakit untuk bersalin semalam memandangkan dia hanya dijangka bersalin pada 7 Disember ini.
Murid darjah 4 maut terjerut baju hujan
Seorang murid tahun empat maut selepas terjerut baju hujan yang dipakainya ketika menaiki motosikal bersama ibu saudaranya.
Kerabat diraja Perak lemas di Pulau Perhentian
Difahamkan mangsa yang berusia 62 tahun adalah kerabat diraja Perak, lemas ketika melakukan aktiviti tersebut bersama beberapa penyelam lain di bahagian belakang Pulau Perhentian Besar itu.
Dakwa cuai, pasangan guru saman Hospital Besut RM10 juta
Sepasang suami isteri memfailkan saman RM10 juta terhadap Hospital Besut dan 10 defendan lain, akibat kecuaian mengakibatkan kematian anak perempuan mereka.