“Berkaitan video tular, siasatan awal mendapati ia tidak melibatkan institusi bawah KPM.
“KPM telah berhubung dengan pihak terlibat dan dimaklumkan tindakan susulan telah diambil,” katanya melalui Twitter.
Tambah beliau, KPM komited menyediakan persekitaran sekolah yang selaras dengan konsep ‘Sekolahku Sejahtera’.
BACA: Dakwaan buli: Sekolah dikenal pasti, tunggu siasatan lanjut - Polis Perak
Terdahulu, Polis Perak sedang mengenal pasti pelajar-pelajar yang terlibat dalam kejadian buli yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis juga telah mengenal pasti sekolah yang terlibat.
Menurutnya, siasatan sedang dijalankan dan beliau akan mengeluarkan kenyataan lanjut dalam masa terdekat.
Berdasarkan video yang tular, kelihatan sekumpulan pelajar sedang mengepung seorang pelajar lain dan menumpuk perut mangsa sambil tertawa sesama mereka.
Video berdurasi 10 saat itu telah menimbulkan kemarahan netizen dengan pelbagai komen.