awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Thailand tutup lintasan sempadan dengan Kemboja susulan pertikaian berterusan
DUNIA
Thailand muktamadkan rombakan Kabinet, saringan sedang dijalankan sebelum perkenan diraja - Paetongtarn
MALAYSIA
10 daerah di Kedah dilanda ribut malam tadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham terkejut terima permohonan maaf jurugambar PM

Sinar Harian
Sinar Harian
21/10/2023
12:18 MYT
Sponsor Banner
Dakwaan hisap vape: Ikmal Hisham terkejut terima permohonan maaf jurugambar PM
Sadiq membuat permohonan maaf kepada Ikmal Hisham menerusi satu hantaran di laman sosial X pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mengakui terkejut dengan permohonan maaf yang dikemukakan jurugambar kepada Perdana Menteri iaitu Sadiq Asyraf berhubung gambar kontroversi menghisap rokok elektronik atau vape di Parlimen, September lalu.
Menurut Ikmal Hisham, beliau bagaimanapun positif dengan permohonan maaf itu kerana masih dalam perbincangan penyelesaian secara baik dengan Sadiq.
"Saya anggap positif walaupun terkejut kerana masih lagi di peringkat perbincangan untuk menyelesaikannya secara baik memandangkan saya tidak pernah hisap vape dan bukan perokok.
"Pen tersebut di letak dibibir secara spontan untuk seketika sahaja," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada petang Sabtu.
Sebelum ini, Sadiq membuat permohonan maaf kepada ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) itu menerusi satu hantaran di laman sosial X pada Jumaat susulan tersebar satu gambar kontroversi yang mendakwa Ikmal Hisham sedang menghisap vape di dalam Dewan Rakyat.
“Saya memohon maaf kepada saudara Yang Berhormat Datuk Seri (Ikmal Hisham) sekiranya ada salah tanggapan bahawa objek yang dipegang beliau adalah vape.
“Berharap agar segala salah faham kini telah diselesaikan secara harmoni,” tulisnya.
Terdahulu, Ikmal Hisham menafikan tuduhan yang beliau menghisap vape di Parlimen dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sadiq. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ikmal Hisham
#vape
#jurugambar perdana menteri
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami