awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan kadar makanan sehari SBP dikurangkan tidak benar - Maszlee

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2019
04:30 MYT
Dakwaan kadar makanan sehari SBP dikurangkan tidak benar - Maszlee
Maszlee (kiri) menafikan dakwaan Najib bahawa kerajaan mengurangkan kadar makanan sehari di SBP. -Gambar fail
Dakwaan bahawa kerajaan mengurangkan kadar makanan sehari di sekolah berasrama penuh (SBP) adalah tidak benar.
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik yang menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu memberitahu isu berkenaan tidak pernah terjadi di mana-mana SBP dan ia tidak seharusnya timbul.
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan di akaun Twitternya semalam mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menurunkan kadar makanan sehari SBP daripada RM18 kepada RM14.50.
Baru dapat tahu Kerajaan PH telah mengurangkan kadar makanan sehari di Sekolah2 Berasrama Penuh dari RM 18 kpd RM14.50. BN dulu tak terlintas nak buat perkara ini .
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 27, 2019
"Saya harap Datuk Seri Najib melakukan homework sebelum membuat kenyataan," kata Maszlee.
Dalam majlis sama, Maszlee mengharapkan agar program Ziarah Cakna berupaya mengembalikan imej guru sebagai adiwira bukan sahaja kepada anak murid malah ibu bapa serta masyarakat setempat.
Jelas beliau, dengan adanya program ini, profesion perguruan akan terus dihormati semua golongan.
"Ia bukan perkara yang baharu. Kalau kita lihat di negara maju, contohnya, Jepun dan juga beberapa negara lain, guru atau pihak pendidikan mereka pergi rumah ke rumah.
"Bukan untuk spotcheck, bukan lapor anak nakal, tetapi untuk merapatkan hubungan dan menambah kasih sayang bagi melahirkan anak-anak yang cintakan sekolah dan masyarakat," kata Maszlee.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan 2019 di sini.
Program Ziarah Cakna ini antara lain bertujuan memperluaskan konsep sekolah penyayang selain memperkukuhkan hubungan antara sekolah dan masyarakat.
Program yang melibatkan 143 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh negara dijangka dilaksanakan sepanjang tahun.
Topic Berkaitan
#guru
#kadar makanan sehari
#Maszlee Malik
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#pendidikan
#SBP
#sekolah berasrama penuh
#Ziarah Cakna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan