PEMANGKU Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa hairan apabila kasut dipakai menteri besar Datuk Onn Hafiz Ghazi menjadi sasaran kritikan warganet baru-baru ini.

Menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, Tunku Ismail secara berseloroh mencadangkan Onn Hafiz agar hanya memakai selipar selepas ini.

"Benda macam ini pun jadi isu? Dato (Onn Hafiz), saya cadangkan lepas ni Datuk pakai selipar saja.

"Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Datuk dan beberapa pegawai kerajaan.

"Datuk, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting buat kerja," tulisnya.


Kasut dipakai Menteri Besar Johor itu menjadi buah mulut warganet selepas beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan isu tersebut yang memetik akaun media sosial milik seorang individu yang mendakwa Onn Hafiz membeli kasut berharga ribuan ringgit.

Onn Hafiz pada Isnin bagaimanapun menafikan beliau telah membeli sepasang kasut berharga puluhan ribu ringgit.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau berkata kasut itu adalah kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

BACA: Kasut kurniaan Sultan Johor - Onn Hafiz


Isu Tular | Kasut itu kurniaan Sultan Johor - Onn Hafiz