awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan kaunter jamin ditutup awal tidak benar - PKPMP

Bernama
Bernama
23/04/2023
16:16 MYT
Dakwaan kaunter jamin ditutup awal tidak benar - PKPMP
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) berkata dakwaan kaunter jamin ditutup awal Khamis lepas sehingga menyebabkan enam tertuduh terpaksa meringkuk di dalam penjara adalah tidak benar. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) berkata dakwaan kaunter jamin ditutup awal Khamis lepas sehingga menyebabkan enam tertuduh terpaksa meringkuk di dalam penjara adalah tidak benar.
Menurut PKPMP dalam satu kenyataan hari ini, kesemua 10 tertuduh telah dibenarkan mahkamah untuk dijamin, namun hanya penjamin bagi empat tertuduh yang hadir untuk meneruskan proses ikat jamin pada hari berkenaan.
"Sehubungan itu, memandangkan dalam kes ini penjamin bagi keenam-enam tertuduh tidak dapat dikemukakan sehingga kaunter ditutup pada 4 petang iaitu waktu biasa penutupan kaunter sepanjang Ramadan, proses jamin bagi keenam-enam tertuduh tidak dapat disempurnakan," menurut PKPMP sebagai menjawab dakwaan sebuah portasl berita mengenai isu itu Khamis lepas.
Menurut PKPMP, kehadiran penjamin untuk menguruskan proses jamin merupakan sebahagian daripada prosedur yang perlu dipatuhi, selain bertujuan membolehkan mahkamah mengesahkan identiti penjamin yang bertanggungjawab dalam jaminan itu.
Ia juga bagi memberikan penerangan secara lisan kepada penjamin-penjamin berhubung syarat dan tanggungjawab penjamin sepanjang tempoh jaminan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKPMP
#dakwaan kaunter jamin ditutup awal
#Mahkamah Persekutuan
#proses ikat jamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan