Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak yang menyebarkan cerita untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini kononnya Malaysia sedang dijual melalui pelbagai perjanjian perniagaan bernilai lebih RM140 bilion yang ditandatangani dengan China semasa lawatan seminggu beliau ke negara itu.
Beliau berkata dakwaan demikian adalah tidak benar sama sekali.
"Nampaknya ada sesetengah pihak yang kelihatan tidak menyambut baik pelaburan ke dalam ekonomi Malaysia ini dan nampaknya tidak mahukan hasilnya yang membawa pekerjaan, kemahiran dan penambahbaikan terhadap kehidupan rakyat.
"Ada yang menyebarkan cerita untuk menakut-nakutkan kononnya Malaysia sedang dijual. Ini tidak masuk akal dan adalah palsu sama sekali," katanya dalam kenyataan hari ini.
Najib berkata lawatan rasmi beliau ke China, yang merupakan gergasi ekonomi, membuka laluan kepada termeterainya 14 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian antara perniagaan dengan perniagaan bernilai RM143.64 bilion, di samping 16 MoU dan perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan.
Menurut beliau, ia merupakan suatu undi kepercayaan yang besar terhadap ekonomi satu sama lain serta hubungan muhibah dan kepercayaan yang telah dibina antara China dan Malaysia.
Najib menegaskan bahawa projek infrastruktur yang terkandung dalam perjanjian berkenaan akan terus menjadi milik Malaysia dan dikendalikan rakyat Malaysia sendiri.
"Bagaimanapun, demi manfaat bersama, kita membinanya secara kerjasama dengan rakan kita dari China, sama seperti firma Malaysia mengadakan usaha sama dalam melaksanakan projek termaju di seluruh China," kata perdana menteri.
Najib berkata perjanjian berkenaan akan menyemarakkan lagi ekonomi Malaysia serta membantu seluruh rakyat negara ini untuk mendapatkan peluang lebih baik serta menikmati kehidupan lebih makmur.
"Ini kerana semua perjanjian ini sebenarnya adalah untuk seluruh rakyat kita. Ia sama seperti beribu-ribu penternak burung layang-layang dan setengah juta pekebun kecil sawit kerana ia diusahakan untuk syarikat terkenal," kata Najib.
Beliau menegaskan bahawa perjanjian berkenaan akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi Malaysia-China dan memberi manfaat ketara kepada rakyat untuk beberapa dekad akan datang.
Perjanjian yang ditandatangani itu akan memberi manfaat besar dan berkekalan kepada Malaysia, kata beliau, dan mengambil contoh projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, yang akan membawa transformasi sepenuhnya kepada pantai timur Semenanjung Malaysia.
Najib berkata semua perjanjian yang ditandatangani itu akan memastikan hasil pembangunan negara dikongsi secara sama rata, dengan kereta api berkenaan bertindak sebagai landasan bagi koridor baharu pertumbuhan bagi Malaysia.
Beliau juga menyentuh tentang Saluran Paip Gas Trans Sabah yang akan memberi jaminan tenaga dan merancakkan lagi pembangunan ekonmomi di negeri itu demi kebaikan rakyatnya.
"Pembaharuan perjanjian kerjasama pertahanan kita, disertai perjanjian pertahanan besar-besaran pertama antara kedua-dua negara, dengan pembinaan empat kapal misi pesisir, akan meningkatkan lagi hubungan keselamatan antara kedua-dua negara.
"Kita perlu berganding bahu untuk menentang ancaman keselamatan dan golongan pelampau di rantau kita," kata Najib.
Bernama
Fri Nov 04 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya Li Keqiang menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Malaysia dan China baru-baru ini. - Foto Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Di UK, PM Anwar ulangi Malaysia amal pendekatan terbuka dengan AS, China
Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan terbuka dan pragmatik dalam menjalin hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Eksport sarang burung Malaysia ke China disambung selepas protokol baharu dimuktamad
Eksport produk sarang burung Malaysia ke China akan disambung semula selepas KPKM melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memuktamadkan protokol eksport baharu.
Sejumlah jenama kereta China mungkin tidak hidup lagi dalam beberapa tahun - CEO Xpeng
CEO Xpeng He Xiaopeng menyasarkan 'fasa penyingkiran' akan bermula antara 2025 dan 2027, di mana persaingan akan lebih sengit bermula tahun ini.
Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.
China akan ambil tindakan lindungi kepentingan daripada sekatan AI AS
China dengan tegas menentang sekatan AS terhadap eksport AI dan akan mengambil tindakan tegas untuk melindungi hak sah syarikat China.
Elak ketagih, China hadkan kanak-kanak layan permainan video hanya 15 jam sebulan
Tencent dan NetEase mula kenakan had kepada yang berumur bawah 18 tahun, untuk bermain maksima hanya 15 jam ketika cuti sekolah.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Pasaran getah ditutup lebih tinggi susulan trend serantau, kestabilan harga minyak
Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.