awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan pegawai lakukan penderaan seksual tidak benar - SPRM

Bernama
Bernama
11/11/2016
15:49 MYT
Dakwaan pegawai lakukan penderaan seksual tidak benar - SPRM
SPRM menafikan dakwaan pegawainya terlibat dengan kes penderaan seksual dan keganasan rumah tangga yang tersebar di media sosial.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pegawainya terlibat dengan kes penderaan seksual dan keganasan rumah tangga yang tersebar di media sosial sejak semalam.
SPRM berkata siasatan polis mendapati dakwaan itu tidak benar.
"Laporan polis akan dibuat ke atas akaun Facebook yang menyebarkan video dan berita berhubung perkara itu," kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.
Adalah tidak adil bagi SPRM apabila orang ramai melemparkan andaian negatif terhadap agensi berkenaan dengan mengaitkan isu rumah tangga pegawai-pegawainya, kata kenyataan itu.
Pengendali akaun Facebook itu antara lain mendakwa pegawai SPRM berkenaan melakukan penderaan melibatkan anak-anaknya serta memuat naik gambar dan video berkaitan.
Namun, catatan di laman berkenaan telah dipadamkan susulan kenyataan SPRM itu. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes penderaan seksual
#media sosial
#SPRM
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan