IPOH: Dakwaan bahawa penjenayah dalam buruan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin tertinggi tentera Bangladesh berada di negara ini dalam perhatian polis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Bagaimanapun beliau berkata hingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia agar siasatan dijalankan berhubung dakwaan tersebut.
"Saya yakinkan bahawa perkara tersebut dalam perhatian kami yang tidak akan membenarkan kegiatan mafia dari luar negara untuk bergiat dalam negara ini atau sebarang elemen pengganas bertapak di negara kita.
"Jadi, kita menunggu kalau ada permintaan daripada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur sama ada apa yang didakwa dan dilaporkan itu mempunyai asas," katanya pada sidang media selepas Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli PDRM Siri 1/2020 di Lapang Sasar Utama, Briged Utara PGA, Hulu Kinta, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata terdapat kemungkinan laporan berkenaan ada kaitan dengan pilihan raya yang sedang berlangsung di Bangladesh.
"Mungkin laporan itu fokus kepada sesuatu pihak jadi kita tidak mahu terbabit," katanya.
Sebelum ini, sebuah agensi berita antarabangsa dalam laporannya mendakwa abang kepada pemimpin tertinggi tentera Bangladesh yang disabitkan dengan kesalahan membunuh ahli politik di negara itu dipercayai bersembunyi di Malaysia sejak melarikan diri dari Bangladesh pada 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 01 2021

Abdul Hamid berkata hingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia.

Remaja maut terkena renjatan elektrik selepas melarikan diri daripada kereta terbakar
Seorang remaja maut akibat renjatan elektrik selepas terlibat dalam kemalangan di Florida, Amerika Syarikat.

COVID-19: India luluskan penggunaan vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan Rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes.

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.

Tembakan | Polis siasat punca tembakan di sekolah
Pihak polis Knoxville, Tennessee, Amerika Syarikat menerima laporan berhubung kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah melibatkan beberapa mangsa. Beberapa das tembakan dilepaskan termasuk terhadap seorang anggota polis, bagaimanapun menurut laporan awal, siasatan masih dijalankan.

COVID-19 | Keliru & tidak konsisten amalkan SOP punca penularan meningkat
Kekeliruan, rasa puas hati dan tidak konsisten dalam mengamalkan langkah-langkah kesihatan menyebabkan peningkatan kes COVID-19. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran jika perkara itu berterusan ini bermaksud pandemik itu masih jauh untuk tamat.

COVID-19 | India luluskan pengguna vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes. Perkara itu disahkan Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), pada Isnin.

COVID-19 | Angka korban global kini lebih 2.94 juta
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.94 juta kes.

COVID-19 | Sepanyol masih catat kenaikan kes
Jumlah kes positif COVID-19 harian di sepanyol menunjukkan peningkatan yang perlahan berbanding peningkatan kes sebelum ini. Pengarah Koordinator Pusat Kesihatan Awam dan Kecemasan, Fernando Simon memaklumkan, negara itu mencatatkan kadar peningkatan 199 kes bagi setiap 100 ribu orang dalam tempoh 14 hari lalu.

COVID-19 | Jepun mulakan program vaksin warga tua
Jepun memulakan vaksinasi COVID-19 untuk populasi warga tua yang besar pada Isnin. Negara itu menghadapi kekurangan dos vaksin yang diimport serta kemungkinan sukar untuk menghentikan gelombang keempat pandemik.

'Maaflah kalau ada orang cakap saya campur urusan pertukaran pegawai kanan polis' - Hamzah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menolak dakwaan bahawa beliau terlibat dalam campur tangan pertukaran pegawai kanan polis.

RM3.5 bilion dadah yang dirampas dalam simpanan PDRM - Ketua Polis Negara
Nilai rampasan tersebut menunjukkan bahawa begitu ramai rakyat di negara ini terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Neelofa, PU Riz akan dipanggil polis sebaik sahaja pulang dari Langkawi - KPN
Pegawai penyiasat akan tanya Neelofa dan PU Riz tentang tujuan mereka di Langkawi dan adakah itu sebahagian daripada kegiatan perniagaan mereka.

Penubuhan Unit K9, mantapkan gerak kerja Polis Langkawi
PDRM ketika ini merancang menambahkan bilangan berkenaan dari semasa ke semasa dalam memantapkan kekuatan PDRM khususnya melibatkan unit K9.

Pulanglah Sajat, kamu bukannya hadapi kes berat di mahkamah - Ketua Polis Negara
Polis hairan dengan tindakan Sajat melarikan diri memandangkan dia tidak berdepan pertuduhan atau hukuman berat.

Rakyat Korea Utara masih berada di Malaysia ialah peserta MM2H - KPN
Daily NK mendakwa Korea Utara tidak memanggil pulang ratusan pekerja termasuk ejen rahsia Jabatan Perindustrian Pembekalan Senjata (MID) negara itu.

Individu kena kompaun RM10,000 belum kemuka rayuan
Individu yang dikenakan kompaun boleh membuat rayuan kepada pengarah dan timbalan pengarah kesihatan negeri.

"Anak buah sendiri pengkhianat" - KPN dedah 34 anggota penguat kuasa sekongkol dengan Geng Nicky
Beliau enggan mendedahkan agensi yang terlibat namun mengesahkan ada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut sama bersekongkol dengan sindiket berkenaan.

Geng Nicky: Dua Datuk Seri, enam Datuk antara yang ditangkap
Antara pengarah yang dimaksudkan adalah adik kepada Nicky Liow dan rakannya yang mana kesemua mereka memakai gelaran Datuk Seri dan Datuk.

68 'geng' Datuk Seri Nicky Liow ditangkap - KPN
Kesemua individu tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah pengubahan wang haram.