awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
09/02/2023
02:30 MYT
Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah di bawah Akta SPRM 2009. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang unsur kesalahan jenayah rasuah ditemukan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat melibatkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn. Bhd.
Menurut Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah di bawah Akta SPRM 2009.
"Sehubungan itu, pihaknya menggesa mana-mana pihak untuk menghentikan sebarang spekulasi dan menyebarkan berita-berita palsu berhubung perkara berkenaan sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah akaun Telegram baru-baru ini.
"SPRM Negeri Sembilan komited dalam usaha memerangi rasuah yang melibatkan dana awam di negeri ini. Oleh itu, siasatan lanjut akan dijalankan sekiranya terdapat maklumat baharu yang diterima," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai laporan pecah amanah wang kutipan zakat yang melibatkan jutaan ringgit.
Pihak terbabit mendakwa SPRM telah menerima maklumat berhubung perkara itu, namun sehingga kini tiada sesiapa yang ditahan.
Topic Berkaitan
#SPRM
#MAINS
#penyelewengan wang zakat
#Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan