awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan petunjuk baharu MH370, Malaysia tidak boleh bertindak secara unilateral - Wee

Bernama
Bernama
22/02/2022
06:55 MYT
Dakwaan petunjuk baharu MH370, Malaysia tidak boleh bertindak secara unilateral - Wee
Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bermula setelah ia hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 8 Mac 2014.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak boleh bertindak secara unilateral dalam usaha pencarian pesawat hilang MH370 walaupun terdapat dakwaan petunjuk baharu mengenai lokasi pesawat itu berdasarkan dokumen kajian Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata Malaysia sebaliknya perlu berbincang dengan kerajaan China dan Australia seperti perjanjian dan persefahaman yang dibuat tiga negara itu dalam misi pencarian pesawat berkenaan.
"Kita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak... kita perlu mengesahkan penemuan itu daripada badan yang kompeten. Bukti yang boleh dipercayai mesti ditemui.
"Seperti mana yang kita gunakan, sekiranya terdapat bukti yang boleh dipercayai, bukti kukuh, maka kita tidak keberatan untuk teruskan (misi pencarian).
"Ini adalah persefahaman tiga negara. Tidak boleh ditentukan secara unilatreral oleh Malaysia. Terdapat perjanjian tiga pihak. Tiga negara telah bekerja keras (misi pencarian), apa-apa misi kita perlu berbincang antara tiga negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia (MMW) 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
BACA: MH370: Pihak berkuasa Australia semak data baharu, namun tidak syor pencarian
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan sebelum ini, menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan ATSB mengenai dokumen dikeluarkan jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey yang mendakwa terdapat petunjuk baharu dalam mengenal pasti lokasi MH370 yang hilang.
ATSB sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meminta pihak ketiga untuk menyemak data yang diperoleh daripada carian untuk mengesahkan semula bahawa tiada item yang menarik dikesan dalam carian sebelumnya berdasarkan dokumen Godfrey, 'MH370 Flight Path'.
Menurut ATSB lagi, penemuan semakan itu dijangka dikeluarkan dalam beberapa minggu lagi dan menyatakan bahawa sebarang keputusan untuk menjalankan pencarian lanjut pesawat MH370 akan menjadi urusan kerajaan Malaysia dan ATSB tidak mengetahui sebarang permintaan untuk menyokong pencarian baharu untuk pesawat yang hilang itu.
MH370 | Kerajaan sedia kerjasama petunjuk baharu
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MH370
#Wee Ka Siong
#pecarian pesawat
#jumpa MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan