awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan rogol: Exco mungkin direhatkan jika siasatan berlanjutan - MB Perak

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/07/2019
08:24 MYT
Dakwaan rogol: Exco mungkin direhatkan jika siasatan berlanjutan - MB Perak
Ahmad Faizal: Buat masa ini beliau akan mengadakan perbincangan dengan exco berkenaan dan mengambil nasihat daripada kepimpinan parti sebelum keputusan dibuat. - Gambar fail
Salah seorang Exco Kerajaan Negeri Perak yang disiasat atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia mungkin akan direhatkan daripada tugas pentadbiran sekiranya siasatan polis mengambil masa yang lama.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, buat masa ini beliau akan mengadakan perbincangan dengan exco berkenaan dan mengambil nasihat daripada kepimpinan parti sebelum keputusan dibuat.
Jelasnya, Exco berkenaan masih menjalankan tugas seperti biasa kerana belum didakwa di mahkamah.
“Sekarang beliau tidak dikenakan apa apa dakwaan, ia sekadar satu laporan dan siasatan sedang dibuat.
“Saya kira kita perlu gantung (tugas) seseorang apabila jawatan itu boleh menyebabkan beliau menggunakan kedudukannya menganggu proses keadilan.
“Sekarang cuma ada satu siasatan dan bukan ada dakwaan jenayah, maka saya fikir (tugasnya) boleh berjalan seperti biasa.
“Namun saya fikir, jika siasatan ini berlanjutan dalam satu jangka masa yang panjang, mungkin boleh dinasihatkan untuk beliau mengambil cuti,” katanya kepada media ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ahmad Faizal pada masa sama turut mengesahkan bahawa Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri turut ditangguhkan seiring penangguhan istiadat mengangkat sumpah barisan exconya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#dakwaan rogol
#Exco Kerajaan Perak
#jenayah
#lobi Parlimen
#mahkamah
#MB Perak
#mengangkat sumpah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan