awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan terima sogokan: Dua anggota polis PJ telah direkod keterangan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/09/2024
07:07 MYT
Dakwaan terima sogokan: Dua anggota polis PJ telah direkod keterangan
Polis ketika ini sedang mengesan dua warga asing terbabit. - Tangkap layar video tular/Ihsan pembaca
PETALING JAYA: Dua anggota polis Petaling Jaya yang videonya tular di saluran media sosial Telegram kerana didakwa menahan dan mengambil sogokan daripada dua lelaki warga asing sudah diambil keterangan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, keterangan mereka direkodkan pada Isnin dan Selasa.
Menurut beliau, pihaknya ketika ini sedang mengesan dua warga asing itu.
"Kita sudah ambil keterangan dua anggota itu dan ketika ini kita masih mengecam dua warga asing yang dikaitkan dalam video itu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Video yang tular sejak minggu lalu itu antara lain memaparkan dua pekerja warga asing ditahan sebelum anggota polis terbabit membawa mereka masuk ke kawasan parkir di sebuah bangunan berdekatan dan didakwa mengambil sogokan daripada mereka.
Sebelum ini, Shahrulnizam menegaskan polis sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung video tular itu bagi mengesahkan kejadian yang sebenar.
Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesan video berkenaan sekitar pukul 5 petang, Ahad lalu.
Shahrulnizam menegaskan pihaknya tidak akan melindungi mana-mana anggota yang terlibat dalam salah laku atau perbuatan jenayah.
Topic Berkaitan
#video tular
#edisi siasat
#polis sogokan
#anggota polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan