awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP buat laporan polis terhadap dua individu tuduh parti itu sebagai kafir harbi

Bernama
Bernama
11/08/2024
08:58 MYT
DAP buat laporan polis terhadap dua individu tuduh parti itu sebagai kafir harbi
Young Syefura Othman menyifatkan kenyataan dua individu tersebut merupakan ucapan kebencian dan berbahaya serta menggugat ketenteraman awam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa DAP hari ini membuat laporan terhadap dua individu yang menuduh parti itu sebagai kafir harbi pada program ceramah PAS dan Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, baru-baru ini.
Naib Ketua Wanita DAP Young Syefura Othman menyifatkan kenyataan dua individu tersebut merupakan ucapan kebencian dan berbahaya serta menggugat ketenteraman awam.
"Kita mahukan tindakan tegas diambil terhadap dua individu terbabit kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.
Terdahulu Young Syefura yang juga Ahli Parlimen Bentong bersama Ahli Jawatankuasa DAP yang juga Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan dan Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Ali tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 1.10 tengah hari, dan selesai membuat laporan kira-kira 40 minit kemudian.
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Nuzulan Mohd Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#laporan polis
#young sf hefura othman
#tuduhan
#kafir Harbi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan