DAP Kedah menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuat kenyataan rasmi tentang status mesyuarat agung tahunannya yang diadakan pada 11 Julai lalu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan anggotanya.
Setiausaha Organisasi DAP Kedah Law Theng Hooi berkata, pihaknya telah menghantar surat rasmi kepada ROS berhubung perkara itu selepas mesyuarat selesai diadakan, namun hingga kini masih belum menerima maklum balas.
"Ramai ahli DAP Kedah berada dalam kekeliruan, jadi kami mahukan kenyataan hitam putih daripada ROS. Sekarang DAP di Kedah ada kembar siam, satu pihak kami dan satu lagi DAP Interim," katanya pada sidang media di Pejabat DAP Kedah, di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya memahami kemungkinan ROS mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan kenyataan rasmi, namun keputusan sama ada mesyuarat agung tahunan itu sah atau tidak perlu diketahui segera.
Sementara itu katanya, kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng baru-baru ini yang mengatakan bahawa kemelut DAP Kedah telah selesai, adalah tidak tepat.
"Macam mana boleh selesai kemelut ini kerana ROS tidak memberi sebarang pengesahan mengenai status mesyuarat agung tahunan pada 11 Julai lalu dan kami tidak akan bubarkan DAP Kedah selagi ROS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan," kata Law.
Beliau berkata perkara berkenaan harus diselesaikan segera bagi menjaga nama baik parti dan kepentingan anggotanya.
Dalam perkembangan lain, beliau juga meminta ROS menyiasat penglibatan 120 cawangan DAP yang didakwa tidak berdaftar, tetapi mengundi pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pada 29 Sept 2013.
"Mengikut laporan media, ada 865 cawangan pada pemilihan awal, tetapi dalam pemilihan semula, terdapat 985 cawangan yang terlibat, iaitu pertambahan sehingga 120 cawangan," katanya.
Baru-baru ini, bekas Anggota Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa sebanyak 120 cawangan DAP yang masih belum mendaftar telah hadir dan mengundi pada pemilihan semula CEC DAP.
Bernama
Sat Oct 04 2014
DAP Kedah mahu pengesahan rasmi ROS status mesyuarat agung - Gambat fail
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
CEC seru tiada lagi pihak persoal pendirian DAP
Young Syefura Othman menyeru semua pihak sama ada kawan atau lawan agar tidak mempersoalkan asas perjuangan dan pendirian parti itu mengenai perkara-perkara asas dalam perlembagaan.
DAP pilih barisan CEC baharu, pengganti Guan Eng untuk hadapi PRU15
Guan Eng tidak boleh dipilih semula ke jawatan itu setelah mencapai had maksimum tiga penggal namun dijangka mempunyai pengaruh yang kuat.
DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin kleptokrat - Guan Eng
DAP menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan UMNO melainkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu membuat keputusan sebaliknya.
Pilihan raya Taiwan: Lebih 19 juta dijangka keluar mengundi
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), terdapat lebih 19.31 juta pengundi berdaftar akan mengundi di 22 bandar dan daerah.
DAP tunggu Ronnie Liu jawab surat tunjuk sebab
Menyifatkan kenyataan Liu sebagai tidak bertanggungjawab, Chong berkata pihaknya akan meneruskan proses sepatutnya berhubung isu itu.
"Saya terima pingat kerana hormati Yang Dipertua Negeri Melaka" - Tey
"Saya terima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kerana menghormati anugerah yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob," kata Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok View.
Zakir Naik setuju debat dengan Ramasamy, dengan syarat...
Zakir Naik meletakkan beberapa syarat termasuk sesi debat itu mesti diadakan secara terbuka.
ROS diminta siasat pemilihan semula CEC DAP
Pemilihan semula CEC DAP yang diadakan pada 12 Nov lalu diminta disiasat semula kerana dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.
Pendaftaran PH, saya tidak campur tangan - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan masuk campur dalam hal operasi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Bekas anggota DAP dakwa tiada lagi demokrasi dalam parti
Mereka juga hairan berhubung tiada tindakan disiplin diambil terhadap Lim mengenai isu itu selain turut dilanda pelbagai kontroversi termasuk kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.