Skip to main content

Malaysia

DAP mahu umum calon selepas SPR putus PRK Pujut

41435914805_PCDAP.jpg
41435914805_PCDAP.jpg

Advertisement

DAP Sarawak akan mengumumkan calonnya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan berhubung pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Pujut, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.

Beliau berkata DAP sudah mengenal pasti calonnya.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dilapor sebagai berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi tersebut dan akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan perkara itu.

Kerusi berkenaan kosong berikutan pemecatan Anggota Dewan Undangan Negeri Pujut dari DAP, Dr Ting Tiong Choon sebagai anggota Dewan berhubung isu kerakyatan.

- BERNAMA


Must Watch Video

Advertisement