SHAH ALAM: DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han berkata jawatankuasa yang ditubuhkan bagi tujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga mendiang itu akan diketuai oleh beliau sendiri dan dikoordinasi oleh Pemangku Ketua Wanita DAP Selangor Yeo Bee Yin.
"DAP Selangor berdukacita di atas pemergian Lee Kee Hiong, ADUN Kuala Kubu Baru pagi ini. Mendiang merupakan seorang wakil rakyat dan pemimpin wanita yang berprinsip dan berdedikasi.
"Mendiang telah menyandang kerusi DUN Kuala Kubu Baharu lebih 10 tahun. Pemergian mendiang adalah satu kehilangan yang amat besar kepada DAP Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ng berkata sebarang perkembangan mengenai upacara pengebumian akan dimaklumkan kemudian.
Sementara itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Lau Weng San ketika dihubungi berkata secara teknikal pihaknya masih menunggu pengesahan daripada hospital berhubung pemergian ADUN Kuala Kubu Baharu itu.
Beliau berkata pemakluman rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN kawasan itu hanya akan dibuat selepas mendapat pengesahan daripada pihak hospital.
Sementara itu Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Lee sambil mengimbau kenangan bersama mendiang yang dikenalinya sejak 1988.
Wee berkata beliau mengenali mendiang ketika sama-sama menjadi pemimpin mahasisiwa dan menyertai Kem Kepimpinan Mahasiswa Nasional di Pulau Pinang.
"Walaupun Kee Hiong menyertai DAP dan saya pula menganggotai MCA, tetapi itu bukan penghalang kepada persahabatan kami. Sebagai sahabat, sudah tentu saya juga terasa dengan pemergian mendiang.
"Sumbangan beliau kepada masyarakat khususnya di Selangor pasti dikenang! Tentunya khidmat beliau selaku ADUN selama beberapa penggal mencipta banyak memori khususnya buat masyarakat setempat," katanya menerusi catatan di Facebook.
Penyelaras Parlimen Hulu Selangor Dr N Sathia Prakash pula menerusi hantaran di Facebook berkata mendiang bukan nama asing bagi masyarakat di Hulu Selangor.
Beliau berkata keazaman dan kehebatan mendiang sewaktu membantu PKR semasa Pilihan Raya Umum yang lalu amat mereka hargai.
"Terima Kasih YB, jasamu sentiasa dikenang. Dulu, kini dan selamanya iron Lady Hulu Selangor," menurut hantaran itu.
Lee, 58, yang menjadi ADUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 meninggal dunia pagi tadi selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Lee meninggal dunia pagi tadi selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas. - Gambar FB Lee Kee Hiong
Pengecualian dasar kabotaj kapal kargo dari pelabuhan Sarawak dibatal
Anthony Loke telah menandatangi satu warta untuk tujuan itu atas permintaan Kerajaan Sarawak.
Belia perlu terlibat dalam sektor koperasi - Ramanan
Belia diseru untuk terlibat secara aktif dalam sektor koperasi kerana ia menawarkan potensi besar buat golongan itu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R.Ramanan.
MITI bakal umum aspek penting keselamatan siber, sokongan AI - Tengku Zafrul
MITI dijangka membuat satu atau dua pengumuman penting beberapa hari lagi sebagai susulan terhadap Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024 yang diluluskan pada April lepas.
Aliran masuk FDI ke Malaysia dari China, HK meningkat pada 2023
Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia dari China dan Hong Kong (HK) meningkat kepada AS$3.4 bilion pada 2023.
Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi
Sebanyak 820 syarikat atau 81.3 peratus daripada keseluruhan 1,009 syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia patuh Syariah setakat 27 Mei, 2024, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Capital A catat kerugian bersih RM91.55 juta pada suku pertama 2024
Capital A Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM91.55 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024 berbanding keuntungan bersih RM57.09 juta padatempoh yang sama tahun lepas.
Pahang berjaya noktahkan kemiskinan tegar - MB
Pahang berjaya menoktahkan kemiskinan tegar semalam selari dengan aspirasi kerajaan sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Hampir 20 peratus wilayah Indonesia mula alami musim kemarau
Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.
KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer
Kerajaan rancang enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini, galak eksport francais
Kerajaan dengan kerjasama MFA merancang melaksanakan enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini dengan objektif untuk memupuk dan menggalakkan lebih banyak eksport francais ke luar negara.
Rakyat Malaysia antara mangsa terhidu gas beracun di Singapura meninggal dunia
Menurut Jurucakap Agensi Air Nasional Singapura (PUB), mangsa meninggal dunia akibat kecederaannya kira-kira 10 malam pada Selasa semasa dirawat di ICU.
PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan belum mesyuarat pilih calon
Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan belum mengadakan mesyuarat berhubung pemilihan calon bagi PRK Sungai Bakap.
Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara
Keluarga mangsa telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kini polis berjaya menahan dua orang pelaku yang bakal dikenakan hukuman.
Lelaki maut terjatuh pangsapuri di Setapak
Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 32 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Penunggang motosikal maut selepas 11 hari bertarung nyawa
Pada jam lebih 8.20 malam Isnin, mangsa telah disahkan meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAN.
Bekas penyanyi, pengacara Nabil Zamanhuri meninggal dunia
Berita tersebut disahkan oleh kakaknya, Najihah Zamanhuri menerusi satu hantaran di platform Facebook.
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Anggota Rabbani, Nazrul Azhar meninggal dunia
Pemergian Nazrul disahkan menerusi kemas kini di akaun Facebook rasmi kumpulan itu, sebentar tadi.
Gordon Bell, pencipta minikomputer meninggal dunia
Kemajuan teknologi minikomputer membuka jalan kepada terciptanya PC desktop lebih kecil dan kini komputer mudah alih di tangan anda sekarang.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.