awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dapatkan dos penggalak segera sebelum ziarah-menziarahi ketika Aidilfitri - Pakar kesihatan

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2022
10:50 MYT
Dapatkan dos penggalak segera sebelum ziarah-menziarahi ketika Aidilfitri - Pakar kesihatan
Kemunculan beberapa varian baharu menyebabkan wujudnya keperluan untuk mendapatkan dos penggalak. - Gambar fail/ihsan Protect Health
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang masih belum mendapatkan dos penggalak dinasihatkan untuk berbuat demikian secepat mungkin memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin tiba.
Pakar Kesihatan Awam dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, kemunculan beberapa varian baharu menyebabkan wujudnya keperluan untuk mendapatkan dos penggalak.
Jelasnya, situasi COVID-19 yang semakin baik di Malaysia adalah disebabkan penerimaan vaksin dan beliau berharap, lebih ramai mendapatkan dos penggalak selepas ini.
“Kita sekarang sudah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik dan ini adalah disebabkan penerimaan vaksin di kalangan sebahagian besar daripada kita, membuatkan kita terlindung.
“Walaupun dijangkiti, ia adalah jangkitan ringan. Dalam konteks semasa, dengan adanya varian Omicron dan beberapa varian lain, vaksin adalah satu perisai penting untuk kita.
“Ia penting terutamanya ketika berhadapan sambutan hari raya nanti dan mereka yang akan kita ziarahi pada ketika itu,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Sabtu.
Dalam pada itu, mengulas kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang mungkin diumumkan dalam masa terdekat, beliau menjangka ia akan berkisar kepada pemakaian pelitup muka dan jumlah orang dalam satu majlis.
BACA: Kerajaan akan umum kelonggaran tiga SOP utama - PM
“Dengan data semasa, penurunan kes dan pertambahan penerima vaksin dan juga kadar penularan sekarang yang dalam lingkungan terkawal, saya jangka SOP pemakaian pelitup muka akan dilonggarkan.
“Dalam hadapi hidup seharian, mungkin kita akan ikut prosedur seperti beberapa negara lain seperti Singapura dan negara lain.
“Selain itu, saya jangka SOP berhubung jumlah individu dalam satu majlis juga akan dilonggarkan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#Fasa Peralihan Ke Endemik
#Hari Raya Aidilfitri
#jangkitan
#SOP
#Omicron
#pelitup muka
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan