awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAPSY, Wanita UMNO kecam keras tindakan Israel tahan aktivis GSF

Bernama
Bernama
02/10/2025
04:40 MYT
DAPSY, Wanita UMNO kecam keras tindakan Israel tahan aktivis GSF
Woo Kah Leong sifatkan tindakan Israel sebagai "keji dan tidak berperikemanusiaan" manakala, Noraini berkata, Wanita UMNO kekal berdiri teguh bersama Kerajaan Malaysia dalam menuntut Israel dipertanggungjawabkan.
KUALA LUMPUR: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan dan Wanita UMNO hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menahan aktivis Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong dalam kenyataan media menyifatkan tindakan berkenaan sebagai "keji dan tidak berperikemanusiaan".
"DAPSY Kebangsaan mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim tentera Israel dan menuntut semua aktivis khususnya semua warganegara Malaysia dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.
"Dunia mesti bersatu membidas Israel yang jelas menjadi ancaman kepada ketenteraman sedunia,"
Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Noraini Ahmad turut mengecam tindakan Israel yang menghalang dan mengganggu misi kemanusiaan yang membawa sukarelawan tidak bersenjata bersama bekalan bantuan untuk rakyat Gaza.
"Tindakan di luar batas kemanusiaan sejagat ini bukan sahaja menafikan hak rakyat Palestin yang sedang menderita di bawah sekatan, malah menghina suara keprihatinan dunia," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, Wanita UMNO kekal berdiri teguh bersama Kerajaan Malaysia dalam menuntut Israel dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak asasi.
"Keselamatan sukarelawan, khususnya warganegara Malaysia mesti dijamin dan tidak boleh dikompromi," katanya.
Wanita UMNO turut berikrar akan kekal menyokong perjuangan rakyat Palestin selagi hak asasi dan kebebasan mereka terus dinafikan, serta menuntut keadilan dan mengangkat solidariti kemanusiaan.
Sementara itu, Ketua Pembangkang merangkap Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyifatkan tindakan penahanan terbabit merupakan jenayah serta pencabulan terhadap Konvensyen Geneva dan undang-undang maritim antarabangsa yang wajib dikutuk sekeras-kerasnya oleh masyarakat dunia.
"Sikap biadap dan zalim rejim Zionis pimpinan Benjamin Netanyahu itu bukan sahaja merupakan suatu bentuk intimidasi terhadap aktivis flotila dari seluruh dunia, tetapi juga penghinaan ke atas usaha kemanusiaan global," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#DAPSY Kebangsaan
#Wanita UMNO
#Global Sumud Flotilla
#Zizi Kirana ditahan Israel
#Heliza Helmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami